Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

LAHADDATU: FILIPINA AKAN FAIL PERTUDUHAN JENAYAH TERHADAP TENTERA SULTAN SULU

Thursday, 14 March 20130 comments



MANILA: Jabatan Keadilan Filipina akan memfailkan
pertuduhan jenayah terhadap 38 orang yang dipercayai menjadi 'tentera
diraja' dan pengikut Sultan Sulu.



Setiausaha Keadilan Leila Delima berkata kes provokasi untuk
berperang, motif untuk membuat serang balas, memiliki senjata api secara
haram dan melanggar larangan senjata api yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Pilihanraya (Comelec) akan difailkan sebelum perbicaraan
pada Jumaat.



Beliau berkata prosiding inkues terhadap 38 mereka telah diadakan petang Khamis.



Prosiding inkues adalah penyiasatan formal dan ringkasan yang
dijalankan oleh pendakwa raya dalam kes jenayah yang melibatkan
orang-orang yang ditangkap tanpa waran dengan tujuan menentukan sama ada
dia perlu kekal di bawah jagaan dan akan didakwa di mahkamah.



38 mereka akan ditahan di Panlima, Tawi-Tawi, kata De Lima.
Mereka dikatakan menjadi pengikut Raja Muda Agbimuddin Kiram yang
telah dipintas oleh Tentera Laut Tawi-Tawi pada Rabu dengan memeiliki
senjata selepas dilihat melarikan diri dari Sabah.



Pintasan terhadap kumpulan itu dibuat sebulan selepas Agbimuddin
Kiram dan pengikut-pengikutnya melintasi Lahad Datu dari Tawi-Tawi
melalui bot laju pada 9 Februari sebagai membuat tuntutan kesultanan
Sulu terhadap Sabah.



Lebih 60 orang dilaporkan terbunuh sejak itu, sembilan daripada mereka anggota pasukan keselamatan Malaysia.



Kapal Tentera Laut Filipina PS38 memintas bot pertama yang membawa 18
lelaki dan seorang wanita di perairan Pulau Omapoy pada pukul 6.35 pagi
Rabu.



Bot kedua yang mengangkut 18 yang lain di perairan Pulau Andulingan dihentikan kira-kira sejam kemudian.



Kedua-dua pulau berada dalam kumpulan Tawi-Tawi, kata De Lima.
De Lima berkata mereka dikenal pasti sebagai ahli RSF, dan ini telah
disahkan oleh beberapa saksi. Agbimuddin tidak berada di kalangan
mereka.



"Daripada tanda-tanda ini mereka berkemungkinan adalah sebahagian
daripada kumpulan Raja Muda yang pergi ke sana dan kemudian terlibat
dalam konflik dengan pasukan Malaysia dan kemudian kembali ke sini, dan
salah seorang daripada mereka telah tercedera,'' De Lima memberitahu
sidang akhbar pada Rabu.



Pengikut Agbimuddin telah dibawa ke kem tentera laut di bandar
Panglima Sugala di Tawi-Tawi dan disoal siasat oleh pasukan dari Biro
Penyiasatan Kebangsaan dan Penyiasatan Jenayah Polis dan Kumpulan Polis
Detektif Kebangsaan Filipina. - Philippine Daily Inquirer / ANN





















Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger