Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

KARPAL YAKIN MENANG MAJORITI MUDAH DAN AKAN MEMEPERTAHANKAN KERUSINYA

Saturday, 30 March 20130 comments











GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal
Singh sekali lagi mengulangi keyakinannya bahawa pembangkang dapat
menawan antara tujuh dan lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini.





"Kita yakin untuk mendapat majoriti mudah pada pilihan raya umum
nanti dan menawan tujuh hingga lapan negeri termasuk Negeri Sembilan,
Perlis dan Johor," katanya dalam sidang media di sini, Sabtu.





Beliau yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, pembangkang
yakin untuk mengekal pemerintahan empat negeri yang diperintahnya
sekarang.





Beliau berkata, beliau akan mempertahankan kerusinya itu.





Ditanya mengenai kesediaan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang,
TengChang Yeow menerima cabaran Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk
bertanding satu lawan satu, Karpal berkata ia tidak perlu bersyarat. - BERNAMA


Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger