Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

TERKINI!!!!!! SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) SUDAH TERIMA NOTIS RASMI PEMBUBARAN..........

Wednesday, 27 March 20130 comments


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima notis rasmi
pembubaran Dun Negeri Sembilan hari ini dan berhasrat untuk mengadakan
pilihan raya serentak membabitkan semua negeri.



"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan
Undangan Negeri, Negeri Sembilan pagi ini yang memaklumkan bahawa Dewan
Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-12 telah  terbubar secara sendiri
pada 28 Mac 2013," kata kenyataan suruhanjaya yang dikeluarkan sebentar
tadi.



Kenyataan itu berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, SPR
mempunyai tempoh selama 60  untuk menetapkan tarikh-tarikh  penamaan
calon dan pengundian berkaitan dengan pilihan raya umum bagi Dun Negeri
Sembilan melalui satu mesyuarat khas yang akan ditetapkan kemudian.



Namun, menurut kenyataan itu lagi, adalah menjadi hasrat SPR untuk
mengadakan pilihan raya umum secara serentak bagi Parlimen  dan Dun
seluruh negara.



Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger