Sultan Sulu, tetapi bukan kepada Jamalul Kiram III,” kata Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia (Al-Ehsan), Datuk Seri
Muhammad Ridzwan Sulaiman.
Ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib
bahawa polis sedang mencarinya, Muhammad Ridzwan berkata, bantuan yang
disalurkan itu terus kepada seorang daripada pewaris Sultan Sulu iaitu
Muedzul Lail Tan Kiram atas dasar sesama Islam dan langsung tidak ada
kena-mengena dengan pencerobohan oleh pengganas di Sabah.
Malah, katanya, bantuan itu diberikan dari semasa ke semasa sejak dulu.
“Saya
hanya mengetahui dikehendaki polis selepas dihubungi rakan. Ketika itu
saya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis di Kedah. “Saya
akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi esok (hari ini) bagi
memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis.
HAMZA menunjukkan gambar Ridzwan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti penyaluran dana dalam kejadian pencerobohan di Sabah.
“Ingin saya tegaskan, saya menolak keras kejadian pencerobohan di
Lahad Datu, Sabah, apatah lagi memberikan apa saja bantuan kepada
pengganas terbabit,” katanya ketika dihubungi. - METRO

Post a Comment