Ketua pembangkang Anwar Ibrahim kini dilihat semakin terdesak,
semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi perdana menteri tercapai
apabila sanggup melakukan dan menghalalkan apa sahaja tindakan sehingga
menyemai sentimen kebencian malah menghasut penyokong pakatan
pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.
Ketika menghadiri satu siri ceramah mereka di Seremban baru-baru ini,
penulis terkejut dan tidak sama sekali menyangka bahawa Anwar telah
menyalahtafsirkan buku hasil karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf
Al-Qaradawi yang bertajuk ‘Kebangkitan Rakyat’ sebagai rujukan
menghalalkan penentangan rakyat terhadap kerajaan.
Ucapan pemimpin ‘anugerah tuhan’ (gelaran yang dikurniakan oleh isteri
tercinta) itu seolah-olah mempunyai “agenda tersembunyi” dengan cuba
“mengekploitasikan” karya tersebut. Rakyat diajak untuk menerima
tafsiran jijik yang dibuat Anwar bahawa kebangkitan rakyat menetang
kerajaan adalah merupakan satu perkara yang dibenarkan Islam.
Hujah yang disandarkan kepada ulama Islam tersohor itu telah dilacurkan
oleh Anwar bagi untuk menyakinkan rakyat, kononnya tindakan mereka
bukanlah perkara yang keji malah merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh
Islam. Sedangkan di masa yang sama Anwar gagal menerangkan secara
keseluruhan pandangan ulama tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan
kebangkitan rakyat, jenis pemerintahan yang bagaimana perlu ditolak,
dalil apa yang perlu diguna pakai dan sebagainya?
Walhal secara rational dan warasnya senario di ‘arab spring’ amat
berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan negara ini. Setiap
perbandingan yang dilakukan hendaklah dilakukan secara adil dan
menyeluruh ‘apple-to-apple comparison’. Apakah dikira adil sekiranya
kita membandingkan antara kancil dengan gajah? Malah di dalam Islam
sendiri mentafsirkan pengertian adil itu membawa maksud meletakkan
sesuatu pada tempatnya.
Di dalam disiplin pengajian ilmu sebagai contoh, kita dituntut agar
memahami sesuatu perkara itu secara keseluruhan dan bukan hanya mencedok
setengah dan meninggalkan yang lain. Malah pepatah Inggeris juga ada
menyebut ‘don’t judge a book by its cover’ yang membawa maksud penilaian
sesuatu buku hendaklah dibuat secara menyeluruh dan memahami apa maksud
sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis.
Baca seterusnya di Terengganu Today


Post a Comment