Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

DATUK SHAZRYL ESKAY DITAWAR WANG YANG BANYAK UNTUK MENAFIKAN VIDEO CHINA DOLL

Thursday, 21 March 20130 comments





Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mendakwa ada pihak-pihak yang sedang
mendesak dan cuba merasuah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay




Abdullah agar menafikan pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video
lucah yang disahkan pakar melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan
seorang wanita dipercayai warga negara China.




Beliau berkata, Datuk Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang banyak
jika bersedia untuk menandatangani akuan bersumpah untuk menafikan
kesahihan video berkenaan.




Beliau bagaimanapun berkata, sogokan yang dijanjikan itu tidak membawa apa-apa makna.




“Kami Datuk T not for sale,” kata beliau dalam sidang media pagi ini.




Eskay bagaimanapun tidak hadir pada sidang media berkenaan atas faktor
keselamatan selepas pergerakan beliau semenjak dua dikesan diekori pihak
tertentu.




Abdul Rahim sekali menegaskan bahawa lelaki dalam klip video bersama seorang pelacur itu adalah Anwar.




Petikan paling menarik beliau pada sidang media pagi ini ialah;




“You ulang I saman you….samanlah,” katanya.




Walaupun Anwar sering berkelakuan hero dengan pantas menyaman Utusan
Malaysia dan TV3 dalam pelbagai hal, namun sehingga hari ini belum
berani menyaman Eskay.




Tingkah laku Anwar itu menimbulkan persoalan kerana ramai melihat Anwar
bimbang lebih banyak butiran dirinya akan dideahkan di mahkamah jika
menyaman Eskay.










Selain Abdul Rahim dan Eskay, seorang lagi Trio Datuk T yang mula-mula
membongkar skandal Anwar dengan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.



Video berkenaan mula ditayangkang kepada kumpulan media pada Mac 2011.



-Mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger