Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

TERKINI: SIDANG MEDIA LAHAD DATU 21 MAC 11.00 PAGI DAN PHOTO TERBARU

Wednesday, 20 March 20130 comments


Keadaan keselamatan di Daerah Lahad Datu adalah terkawal dan selamat.

Statistik
terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah Security Offences
(Special Measures) Act 2012, (SOSMA) adalah seramai 108 tangkapan
manakala tangkapan kes-kes lain seramai 268 orang.

Jumlah mayat
pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 30 orang dan jumlah
pengganas yang ditembak mati adalah seramai 63 orang.

Jumlah pegawai/anggota pasukan keselamatan yang meninggal seramai 9 orang manakala jumlah cedera juga seramai 9 orang.

Pada
20 Mac 2013, seramai 8 orang pengganas telah di tuduh di bawah Akta
Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) di Mahkamah
Majistret Sementera Lahad Datu dan pada 21 Mac 2013, lapan orang
pengganas ini telah dituduh di Mahkamah Tinggi Tawau.

Operasi
pembersihan/penggeledahan di kawasan Kampung Tanjung Batu masih
diteruskan. Semasa proses pembersihan/penggeledahan sedang dilakukan
kelmarin, kira-kira jam 11.30 pagi telah berlaku tembak menembak
menyebabkan seorang lagi pengganas mati ditembak dan seorang pengganas
wanita berjaya di tangkap. Dalam pertempuran ini, seorang pasukan
keselamatan telah mengalami kecederaan.






 Sementara itu anggota polis menahan dua lelaki selepas didapati tiada dokumen
pengenalan diri ketika melalui sekatan jalan raya di simpang Jalan
Tanjung Labian di sini hari ini.





Dibawah pula ada photo pengganas yang dibawa ke mahkamah pagi ini.







Anggota polis mengawal ketat salah seorang dari lapan pengganas (berbaju
ungu) ketika menaiki trak selepas didakwa di Mahkamah Tinggi i sini
hari ini atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang
Dipertuan Agong

Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger