KUALA LUMPUR: Sebuah kem tetap akan dibina di Lahad Datu,
Sabah tidak lama lagi untuk memantau situasi selepas Ops Daulat
berakhir, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, kem itu akan diambil alih oleh Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan
polis sebaik saja operasi yang sedang dilakukan selesai.
"Kem baru itu akan mengambil sedikit masa untuk dibina dan kami akan
meletakkan beberapa kabin buat sementara waktu dan menempatkan anggota
keselamatan di lokasi itu," katanya pada sidang media selepas
mengumumkan agihan pendapatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di
ibu pejabatnya di sini, Selasa.
Beliau turut memberi amaran kepada media Filipina supaya tidak
mengeluarkan laporan bercanggah mengenai situasi sebenar di Sabah.
"Kami tidak mahu laporan media tertentu menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan Filipina," katanya.
Baca Lebih Banyak Mayat Ditanam Di Kg Tanduo Disini
Mayat 15 Pengganas Di Tanam di Tanduo
Polis Meyerbu Kg Bangau Bangau Kerana Dipercayai Menjadi Tempat Persembunyian Pengganas
Pertempuran Terkini - Di Sg Nyamuk


Post a Comment