Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

KL112 : TUNTUTAN BANGANG YANG MEMBENGONGKAN BAHAGIAN 2

Monday, 14 January 20130 comments

Salam buat semua....









Dalam posting sebelum ini kita dah bincang tentang 4 tuntutan dari Himpunan Rakyat yang tak berapa Bangkit. Kepada yang terlepas jom klik di SINI



Untuk sambungan ayuh kita fikirkan...



Tuntutan 5: Selamatkan Kampung Warisan dan Tradisi



FAKTA:

Kerajaan Negeri Melaka telah menggariskan beberapa perkara dalam pembangunan negerinya, sebagai contoh :




-MEWARTAKAN PERKAMPUNGAN TRADISIONAL SEBAGAI KAMPUNG WARISAN DI BAWAH PROGRAM PEMELIHARAAN KAMPUNG TRADISIONAL SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN YANG DIKELOLAKAN OLEH PERBADANAN MUZIUM MELAKA (PERZIM)







FAKTA:


kerajaan negeri Pulau Pinang telah menghapuskan sama sekali perkampungan KAMPUNG BUAH PALA. (Sebelum itu Anwar bukan main lagi berjanji bahawa Kampung itu akan dijaga dan penduduk kampung disitu diberi jaminan bahawa kampung tersebut akan terpelihara.





6. Selamatkan Alam Sekitar.





FAKTA: 


 Kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional telah menubuhkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. 


- Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perubahan Iklim Negara dan Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 adalah asas pengurusan alam sekitar di negara
kita. Jabatan Alam Sekitar (JAS) menguatkuasakan Akta Kualiti Alam
Sekitar manakala Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
(BPASPI), NRE bertanggungjawab untuk dasar-dasar yang berkaitan dengan
perubahan alam sekitar dan iklim seperti Dasar Alam Sekitar Kebangsaan
dan Dasar Perubahan Iklim Negara.Untuk melaksanakan program-program alam
sekitar atau projek-projek yang memberi manfaat kepada persekitaran
global secara berkesan, NRE juga mengoptimumkan sumber-sumber di samping
memastikan bahawa obligasi antarabangsa kewangan negara-negara di
pelbagai konvensyen alam sekitar antarabangsa bersatu untuk mengekalkan
imej baik negara.


- Matlamatnya pula ialah:



1  Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG)


2. Pembangunan Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (EPI)


3. Menggunakan Tabung Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF) untuk kemudahan Alam Sekitar GlobaL


4. Mengukuhkan Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974)


5. Mengukuhkan Aktiviti Penguatkuasaan


6. Meningkatkan Kualiti Air


7. Meningkatkan Kualiti Air Laut


8. Meningkatkan Kualiti Udara


9. Melindungi Lapisan Ozon


10.Pembangunan Kesedaran Alam Sekitar dan Index Komitmen


11.Meningkatkan Kesedaran Alam Sekitar dan Perubahan Iklim 















 FAKTA:


Kerajaan negeri Kedah secara rakus telah menggondolkan tanah-tanah bagi pembalakan.Hutan Simpan Gunung Inas yang merupakan tulang belakang sistem ekologi sedang diperkosa secara rakus sehingga hilang serinya. 





7.  Pulangkan Royalti Minyak Kelantan





FAKTA:


Anda boleh membaca fakta tentang isu tersebut di SINI


Langsung tiada kena mengena Royalti dengan negeri Kelantan.













8. Selamatkan Felda





FAKTA:


Penduduk Felda sendiri begitu gembira dengan apa yang telah mereka kecapi kini. Sebagai contoh penduduk di Felda Kepis begitu bersyukur apabila kampung mereka menjadi kampung tanpa wayar. Apabila menara komunikasi dibina di penempatan mereka, penduduk kita begitu senang untuk berhubung dengan anak-anak dan sanak saudara. Malah durian runtuh yang telah disampaikan oleh pimpinan kerajaan kepada mereka sudah cukup untuk menjadikan mereka insan-insan yang bersyukur.








Maka Angin merasakan bahawa segala tuntutan yang dibuat di Perhimpunan Ciput itu hanyalah satu rekayasa yang dibuat untuk melengkapkan majlis yang tak berapa mendapat sambutan itu.


 








 






































Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger