Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

TERKINI LAHAD DATU : RANCANGAN SERANG LAHAD DATU TERMASUK DALAM BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT EDISI SABAH??

Wednesday, 27 March 20130 comments





Sebelum ini MyMassa ada dedahkan kandungan mesej dari pengganas Kiram dengan dalang mereka di sini. 





Oleh kerana takut dengan pendedahan MyMassa, banyak MACAI masuk dalam
blog ini dan memberikan komen yang negatif seolah-olah apa yang
dipaparkan satu rekaan. Bagaimana jika MyMassa dedahkan JANJI
pembangkang kepada pendatang asing termasuk orang Sulu dari Filipina?











Ajaibnya perkara ini didedahkan oleh Tausug Global pada tahun 29 Mac 2011 iaitu hampir 2 tahun yang lepas.



Ertinya rancangan untuk mengkucar-kacirkan Sabah telah dibuat lebih awal
daripada itu kerana  pembangkang sendiri menjanjikan peluang untuk
menjadi penduduk tetap dan hak pengundi kepada pendatang asing di Sabah
semata-mata untuk berkuasa.



Apa yang berlaku di Sabah memang tidak sama dengan di Semenanjung. Di
Semenanjung, mereka berlakon seolah-olah merekalah pejuang RCI untuk IC
palsu tetapi sebaliknya di Sabah, mereka pula menjanjikan taraf penduduk
tetap dan hak mengundi kepada pendatang. MyMassa tak pelik macam mana
pembangkang boleh menjanjikan seperti itu kerana yang buat projek IC kat
Sabah pun adalah dalang di sebalik insiden Lahad Datu!



Mungkin ada MACAI yang menganggap janji tersebut juga satu rekaan. Jika
ianya rekaan, mengapa ketua pemuda SAPP begitu marah dengan PKR semasa
Buku Jingga Edisi Sabah dilancarkan!





Baca seterusnya di MyMassa

Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger