Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

JAMALUL KIRAM III TIDAK LAYAK TUNTUT SABAH KERANA BUKAN "SULTAN"

Wednesday, 27 March 20130 comments













“Sebaliknya mereka ini hanyalah pewaris yang berstatus cucu saudara
kepada Sultan Jamalul Kiram II,” tegas pengkaji sejarah dan penulis
buku Kesultanan Sulu, Julasri Hajad, 36, atau Asree Sug.



Menurut Asree, sejarah menunjukkan Sultan Jamalul Kiram II hanya
memiliki seorang anak perempuan dan seorang adik berlainan ibu, Raja
Muda Mawalil Wahid sehinggalah kemangkatannya pada 1936.











“Raja Muda memiliki dua anak iaitu Ismail I dan Punjungan.
Punjungan pula memiliki tiga anak iaitu Jamalul Kiram III, Abgimuddin
Kiram dan Ismail II.



“Maka, Jamalul, Abgimuddin dan Ismail adalah cucu saudara kepada
Sultan Jamalul Kiram II. Mereka ini bukan berdarah sultan sebaliknya
hanyalah pewaris,” katanya.



Katanya, bagaimanapun ketiga-tiga beradik itu menetap di Kepulauan
Tawi Tawi kerana ibu mereka penduduk tempatan di situ berketurunan
Bajau Simunul dan berbahasa Tausuq (Sulu).









“Jamalul Kiram dan Abgimuddin tidak layak menuntut Sabah kerana
mereka tidak memiliki rakyat tambahan pula sultan sebenar mesti tinggal
di Jolo di Kepulauan Sulu,” katanya.



Menurutnya, Kesultanan Sulu juga tidak lagi wujud kerana rakyatnya
pada 1906 memulaukan Sultan Jamalul Kiram II yang bekerjasama dengan
Amerika Syarikat mengenakan cukai kepala kepada penduduk.





“Sekitar 1906 sehingga 1915, Sultan Sulu membenarkan Amerika
membunuh kira-kira 5,000 penduduk di Bud (gunung) Bagsak dan Bud Dahu
yang menyerang tentera mereka.



“Selepas kemangkatan Sultan Sulu, masyarakat Sulu tidak menerima
mana-mana lagi sultan sehingga sekarang,” katanya menegaskan dakwaan
pengganas bahawa mereka Kesultanan Sulu sebagai tidak memahami sejarah.
Kata Asree, dalang pencerobohan itu dilakukan anasir luar dan
difahamkan Jamalul Kiram III hanya menumpang isu pencerobohan itu untuk
meraih publisiti selepas difahamkan bakal bertanding pilihan raya di
Filipina.



“Pengamatan mendapati ini (pencerobohan) taktik Jamalul Kiram,” katanya.

Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger