Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

TERKINI!!!! NAJIB AKAN UMUM BUBUR PARLIMEN ESOK???

Wednesday, 13 March 20130 comments







Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan satu pertemuan tertutup dengan semua pemimpin komponen Barisan Nasional di Putrajaya, hari ini.



Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan persiapan terakhir BN sebelum beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membuka jalan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).



Seorang pemimpin sebuah parti komponen BN mengesahkan pertemuan tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang butiran lanjut.Astro Awani difahamkan pertemuan tersebut akan diadakan bermula tengahari dan dijangka berlarutan hingga ke petang.



Perdana Menteri sebelum itu mempunyai satu acara berjadual iaitu lawatan kerja ke Hospital Kuala Lumpur dan merasmikan kompleks pakar dan rawatan harian hospital berkenaan yang bermula pukul 9 pagi.



Najib yang juga Pengerusi BN dilaporkan mengadap Yang DiPertuan Agong di Istana Negara semalam. Tiada sebarang maklumat didedahkan oleh Pejabat Perdana Menteri mengenai pertemuan itu namun ia dipercayai pertemuan mingguan yang biasa.



Baca seterusnya diSini
Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger