Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

PANAS!!!! NUR MIISUARI BAGI WARNING PADA NAJIB

Friday, 8 March 20130 comments








Pengerusi
Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran
kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul
Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia
dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan
pemisah itu.



Portal
berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi
nasihat  kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :



”Apabila
anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas
orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang
kita."



“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.


Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang
insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai
dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III
di Sabah.



Katanya
 tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai
tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak
tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.



“Ia
semua spekulasi liar. Pertama sekali saya tidak meminta sesiapa
melakukannya. Saya tidak boleh melangkaui perana Sultan,” katanya.



“Untuk
membiayainya adalah bukan persoalan. Sekiranya saya kayapun mengapa
saya patut membiayai petualang pengikut Sultan ? Hanya kira-kira 200
orang. Ia bukan cara saya melakukan sesuatu,” tambah beliau.



Misuari
berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pejuang
untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing
sebagai tebusan di Mindanao.



Katanya
beliau menghantar lebih ramai pasukan semasa insiden tebusan Sipadan
pada April 2000 selepas diarah oleh Presiden Joseph Estrada dahulu.



“Adalah tidak bertanggungjawab  untuk sesiapa yang membuat spekulasi saya terlibat dalam kegilaan ini.”


Pemimpin
MNLF itu menyatakan kebimbangan tentang nasib Raja Muda Kiram dan
pengikutnya selepas mereka dilaporkan dibom oleh jet pejuang Malaysia
pada pagi tadi. -news.abnxcess.com

Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger