Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

HOT LAHAD DATU!!! : AZZUMUDIE KIRAM SEBENARNYA MEMBAWA 234 ORANG PENGIKUT??

Wednesday, 13 March 20130 comments










Azzumudie
Kiram, adik kepada ketua Jamalul Kiram, dilaporkan membawa pengikutnya
seramai 234 orang ketika mengetuai pencerobohan ke atas Sabah pada bulan
lalu

Perkara itu didedahkan oleh seorang daripada anggota panel
jawatankuasa khas yang dilantik oleh Biro Siasatan Kebangsaan (NBI)
Filipina untuk menyiasat krisis pencerobohan Sabah, yang enggan
dikenali.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lapan daripada mereka
adalah wanita, 10 lagi anggota bersenjata Kiram dan empat anggota
Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang dipinjamkan.

Laporan
sebelum ini menyatakan hanya 150 pengikut Kiram yang diketuai Azzumudie
yang menceroboh Sabah dan mendarat di Lahad Datu pada 11 Februari lalu.

Azzumudie
dan pengikutnya juga dilaporkan telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan
kecil dalam usaha mereka mengelak daripada diburu oleh pasukan
keselamatan Malaysia.

Azzamudie juga dilaporkan masih berada di Sabah dan kini terkepung.

Pihak
berkuasa Malaysia berkata, lebih 60 pengikut Kiram telah terbunuh
setakat ini dalam operasi besar-besaran memburu pengikut Jamalul Kiram
dengan lebih seratus orang lagi berjaya ditahan.


Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger