Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

GEMPAR!!! ISU PENGGANAS SULU MEREBAK KE INDONESIA - TENTERA INDONESIA BERSIAP SEDIA

Sunday, 17 March 20130 comments





Perkembangan terkini
pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi
Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini
di penuhi pasukan tentera Indonesia. 





Armada Kapal-kapal
perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan
tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan
Indonesia-Malaysia-Filipina.





Rakan-rakan yang baru
balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di
wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera
yang tidak seperti hari-hari biasa. 





Mereka mendapat
maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak
Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada
dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.





Nampaknya, saki baki
pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa
mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk
bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.





Perairan menuju ke
pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat. Kini,
perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia
(TNI) laut dan darat.





Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat!






Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger