Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

15 LAGI MAYAT LANUN SULU DITEMUI

Tuesday, 5 March 20130 comments













Drama pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo telah
berada di kemuncaknya apabila kerjasama PDRM dan ATM menggerakkan 7
Batelion dalam operasi besar-besaran Ops Sulu.

Gerakan pukul 7
pagi itu dimulakan dengan serangan bom MK81 yang seberat 113 kg yang
dilepaskan 3 jet F/A-18D Hornet dan 5 buah Hawk. Kemudian disusuli
dengan tembakan mortar oleh pasukan infantri Rejimen Askar Melayu
Diraja.

Mengikut Twiter Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak
"Alhamdulillah saya dimaklumkan operasi berjalan seperti dirancangkan.
Sedang melakukan operasi membekas dari rumah ke rumah.

Semasa
operasi geledah di kawasan Kampung Tanduo, gagal menemui sebarang mayat
kerana dari sumber difahamkan Adik Sultan Jamalul Kiram dipercayai telah
melarikan diri sebelum operasi dan dipercayai sedang bersembunyi di
Kampung Tanjung Batu yang kira-kira 9 batu jaraknya.

Namun
bergitu pihak keselamatan telah menemui 14 mayat yang kembung dan busuk,
dipercayai mati dalam pertempuran pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Perkara
ini dikuatkan lagi dengan dakwaan penduduk yang nampak kira-kira 200
pengganas merangkak larikan diri ketika serangan jet.

Ops Daulat masih diteruskan.
- sumber


Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger