Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

TUN M TIDAK MENOLAK ISU PENGGANAS SULU ADA KAITAN DENGAN PRU13

Tuesday, 5 March 20130 comments






Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menyambut baik tindakan
drastik pasukan keselamatan untuk menamatkan kemelut pencerobohan selama
22 hari di Kampung Tanduo, di sini dengan melancarkan serangan ofensif
hari ini.




Malah, beliau menyokong tindakan serius kerajaan dalam menangani isu
pencerobohan di beberapa kawasan di negeri ini dan berharap operasi
pembersihan penceroboh itu berakhir segera.
 



Tegasnya, tindakan serius itu diambil atas dasar keprihatian kerajaan terhadap keselamatan rakyat di negeri itu. 



Justeru, tindakan pihak keselamatan yang kini sedang beroperasi tidak seharusnya dipertikaikan. 




 Tambahnya lagi tanggapan negatif yang dilemparkan pihak tertentu yang
mendakwa langkah menyerang pencerbohoh merupakan satu tindakan lewat
adalah munasabah.
 




Bagaimanapun kerajaan Malaysia, unit keselamatan khususnya mengambil
berat perihal keselamatan penduduk tempatan yang berada di Lahad Datu,
Sabah jika bertindak terlalu awal.
 




"Mungkin ada pendapat-pendapat lain yang tidak dapat melihat apa-apa kebaikan dengan tindakan kerajaan.Ada yang kata tindakan terlalu lewat, ada yang kata bertindak   terlalu
cepat tapi hakikatnya ini adalah satu gerakan yang agak kompleks.





"Kerana kita tidak boleh serang balas begitu sahaja kerana terdapat
penduduk yang tinggal di kawasan itu. Kalau kita serang balas mungkin
penduduk di situ akan jadi mangsa jadi kita perlu berhati-hati," katanya
di sidang media hari ini.





Sambil mengulangi keturunan Sultan Sulu sudah tidak wujud lagi kini,
beliau yang juga dikenali sebagai Tun M menjelaskan kematian beberapa
anggota polis baru-baru ini yang mempertahankan negeri di bawah bayu
tersebut membuktikan pencerobohan itu tidak boleh dipertimbangkan.





Krisis ini katanya lagi, tidak pernah dialami sebelum ini malahan
strategi menggunakan orang ramai sebagai perisai merupakan halangan
tindak balas agresif daripada kerajaan.





Walaubagaimanapun kerajaan telah berusaha untuk tidak melibatkan
kejadian tumpahan darah namun keganasan penceroboh terbabit menjadi
faktor.





"Mereka melakukan sesuatu yg cukup buruk mendedahkan orang yang tidak
berdosa. Kalau mereka serang kita dengan senjata bunuh orang kita macam
mana lagi kita nak tangani masalah ini. Mereka datang dengan senjata itu
pun satu kesalahan.





"Kita tunggu agak lama lebih daripada 20 hari sebelum bertindak dan
kita bertindak selepas mereka membunuh anggota polis kita," ujarnya.





Beliau menyifatkan penceroboh yang mendakwa beragama Islam telah
melanggar ajaran agama yang jelas memusuhi saudara seagama sehingga
menyebabkan kematian.





Beliau juga menolak kemungkinan insiden terbabit akan menjadi faktor
penolakan rakyat Sabah terhadap Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.





"Kita tak tahu apa dia reaksi penduduk di Sabah tetapi rata-rata ingin
supaya mereka selamat jadi adanya tindakan oleh kerajaan dengan
menghantarkan pasukan tentera dan polis untuk menjaga keamanan di Sabah
saya yakin ini menjadikan satu positif bagi pihak BN," tegasnya - sumber


Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger