Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

TERKINI 4.00 PTG : 4 SUSPEK PENGGANAS SULU YANG MENYAMAR SEBAGAI ORANG AWAM DITAHAN HIDUP-HIDUP

Wednesday, 6 March 20131comments















Empat
lelaki ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari
jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. –
Gambar Reuters









Anggota
Polis dari Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah
(IPK) membawa dua suspek yang berjaya ditahan ketika 'Ops Daulat' di
sebuah ladang sawit di sini, Rabu. Dalam operasi itu polis berjaya
menahan empat lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan
pengganas untuk di soal siasat




SEMPORNA,
6 Mac — Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan
dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap
di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki
yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari
jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu
berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Menurut polis,
operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima
kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang
didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di
Semporna.

“Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan
yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat
lelaki untuk siasatan,” kata pegawai berkenaan.

Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.

Tinjauan
Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan
polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki
ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam
pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Dalam
kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap
oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu
turut menyebabkan enam pengganas terbunuh.




sumber: Melayu Blues

Share this article :

+ comments + 1 comments

6 March 2013 at 04:03

Bakal dihukum gantung atau penjara seumur kerana melancarkan peperangan ke atas Yang DiPertuan Agung, menceroboh, mengganas dan membunuh!

Fuckatan tunggu masa nak bela mereka di mahkamah...masyuk. Nizar and geng lu orang tak mau bakar lilin ka?

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger