Salam buat semua...
![]() |
| Sori yek.... gambar ni tak der kena mengena dengan artikel dibawah. |
Penting dan Sebarkan:
Artikel ini agak panjang, harap rakan-rakan pembaca dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya perlahan-lahan
sehingga habis tanpa meninggalkan satu perenggan pun kerana perkara ini
amat penting untuk rakan seperjuangan ketahui dan sebarkan.
Perkara ini sudah lama saya tunggu-tunggu, sebelum ini saya ada
mendengar cerita dari beberapa orang tentang sebab sebenar Pas ditendang
keluar dari BN kerana Pas mengkhianati BN.
Antaranya ialah
kerana, Pas cuba mengambil kesempatan semasa dalam BN untuk menguatkan
kedudukan Pas, bukannya kedudukan BN. Pas lebih penting nafsu mereka
sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.
Saya
difahamkan antara perjanjian Pas dan Umno sebelum Pas masuk BN , mereka
tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka
cawangan-cawangan Pas di mana Umno mempunyai cawangan. Begitu juga
sebaliknya.
Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah
menteri dari Pas di bawah Kementerian Tanah dan Galian. Pas tidak patuh
janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan Pas di
Felda termasuk membuka beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di
Kemahang Kelantan dan di Johor.
Itu sahaja yang saya tahu
sebelum ini, saya cuba mencari info berkenaan dengan perkara ini tetapi
saya tidak jumpa orang yang tahu perkara sebenar.
Berbeza
dengan apa yang di momok - momokkan oleh Nik Aziz dan juak-juak Pas
sebelum ini, kononnya Pas dikhinati oleh BN dengan menendang keluar dari
komponen BN pada tahun 70an dan mereka serik lagi untuk bekerjasama
dengan Umno. Cerita tersebut tidak benar sama sekali.
Tapi
sayang seribu kali sayang, disini kita boleh lihat kelemahan BN untuk
menjawab dan menerangkan balik perkara sebenar kepada rakyat. Mereka
biarkan cerita bohong yang disebarkan oleh Pas bermaharajalela. Sudah
lama saya menunggu perkara ini, tetapi tidak berjumpa dengan orang yang
tahu perkara sebenar untuk menceritakannya.
Alhamdulillah,
sebaik sahaja saya masuk ke bilik dan buka komputer sekembalinya dari
membuat liputan di beberapa buah pulau dalam Parlimen Batu Sapi sebentar
tadi, saya terbaca satu berita di Bernama.Com tentang perkara tersebut.
Seorang veteran Umno, Datuk Rozali Isohak telah menjelaskan perkara
sebenar. Tetapi berita mengenai perkara tersebut tidak panjang di
Bernama.Com.
Saya cuba membuat semakan di Google, Alhamdulilah,
sekali lagi rezeki datang. Kali ini lebih terperinci datang dari blog
Pemuda Umno Jasin iaitu ucapan penuh Arwah Tun Hussin pada tahun 1977
tentang penyingkiran Pas dari BN.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Pemuda Umno Jasin dan Datuk Rozali Isohak.
Pas adalah punca sebenar perpecahan umat Islam di bumi Tanah Melayu.
Pemimpin-pemimpin Pas adalah ejen-ejen iblis di muka bumi ini yang
ditugaskan untuk memecah belah umat Islam.
Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977
(dipetik dari blog Pemuda Umno Jasin)
"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan
puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat
dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat
penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat
Malaysia amnya.
Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh
suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang
telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang
MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh
mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan
kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga
Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali
bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam
kemalangan itu.
Sebelum saya menyebut perkara penting dalam
perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula
dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah
keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.
Saya tidaklah
berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu
atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia
ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO.
Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional
yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti
politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa
sebelumnya.
Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak
pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional.
Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi
Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan
menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan
rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat
berbilang kaum.
Barisan Nasional berazam akan terus dengan
penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud
dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan
Nasional akan mencapai kejayaan.
Barisan Nasional merupakan
satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin
mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen
adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti
sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin
parti.
Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi
menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam
amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi
tidak dipraktikkan.
Inilah caranya Barisan Nasional bergerak
selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan
Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai
kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang
paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud
kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan
lebih licin, sempurna dan jayanya.
Parti-parti politik yang
bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala
menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati
dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang
memang diramalkan dari mula-mula lagi.
Peristiwa perpecahan
parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang
telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan
sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat
dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di
Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang
berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia
melibatkan soal pokok.
Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji
Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada
persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak
sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan
pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan
Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud,
digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan
menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.
UMNO tidak berhajat
dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan
jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan
semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS
mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap
perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah
diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan
dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.
UMNO
tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam
sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana
UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau
diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir
dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah
diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula
UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.
Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak
disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang
telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa,
kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat
telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak
dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.
Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan
negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas.
Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu
undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah
pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa
menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam
jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh
Parlimen.
Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan
dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada
ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang
pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya
memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas
segala-galanya.
Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan.
Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di
atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap
akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.
Bukti
nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC
atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada
pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan
darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.
Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan
kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana
kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan
Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan
negeri itu semula dan bukanlah UMNO.
Malang sekali tujuan baik
Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan
daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan
oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang
undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.
Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu.
Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan
membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan
dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh
memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa
rakyat.
Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh
sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham
kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak
semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya.
Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali
meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan
pendirian pucuk pimpinannya.
Perbuatan pucuk pimpinan PAS
menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau
pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan
saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya
Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan
rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.
Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah
diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan
perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti
parti-parti politik.
Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO
selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti
serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan.
Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa
kehancuran kepada parti itu sendiri.
Soal mengenai siapa yang
bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan
itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting
dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu.
Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya
masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya
mengikut keadaan.
Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak
menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu.
Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan
mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.
Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan
rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita.
Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya
tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini.
Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar
menawar.
Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri
Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri.
Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri
dari PAS menganggotainya.
Saya akan memberi penjelasan kepada
Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya
akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa
mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu
menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan
mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan
jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.
Dalam masa kita
sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi
keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan
PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi
tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada
ahli-ahli UMNO.
Di antara yang yang paling baru ialah di negeri
Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang
meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS
melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih
dahulu dengan kita.
Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk
pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini
dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan
terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan
PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal
di negeri-negeri yang lain?
Sungguh sukar sekali bagi kita
hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah
menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat
hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham
dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.
Persidangan
Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah
pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan
PAS sedar atas perkara ini?
Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS
membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang
sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan
Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi
amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding
dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan
kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru
dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian
semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat
kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah
negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau
Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya
tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan
daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu
provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.
Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS
mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah
dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun
berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga
menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan
rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang
meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh
memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan
dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti
peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh
ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti
apa-apa tidak berfaedah.
Walaupun Barisan Nasional terpaksa
berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan
terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji
saya kepada rakyat sekalian.
Berikutan dengan berlakunya
kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan
Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan
Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti
ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan
Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut
bagi memecat PAS.
Barisan Nasional masih lagi, jika boleh,
berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun
demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu
melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang
merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya
bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi
Barisan Nasional itu.
Tolak ansur ini merupakan usul yang
berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati
menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan
di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah
mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu
daripada parti masing-masing.
Apabila semangat kerjasama yang
tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan
Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah
tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan
sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan
rakyat.
Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional,
sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu.
Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi
kepada pucuk pimpinan PAS.
Memandangkan betapa pentingnya
masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis
Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan
dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk
pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan
Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami
berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi
memperkukuhkan Barisan Nasional.
Memandangkan kepada perbuatan,
sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat
kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO
dengan PAS dalam Barisan Nasional.
Oleh yang demikian, bagi
mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa
perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan
perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS
tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di
dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan
meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya
dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.
Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua
parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan
Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat
khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang
akan datang ini.
Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan
dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian
yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.
UMNO sudah
membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian
itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan
Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah
akan memberkati perjuangan kita.
Saya merayu kepada semua ahli
UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan
lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih
berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran.
Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.
Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."
FAKTA TAMBAHAN.
Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.
AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak
PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan
bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap
Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.
Yang tidak diceritakan oleh PAS:
1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk
Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd
ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS
(ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS
Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.
2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan
Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji
Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri
adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan
Nasional pada tahun 1973.
3...Asas yg digunakan oleh sebahagian
pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan
Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa
majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan
sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.
4...Dalam tempoh
(1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir
telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya
melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut
adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg
tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.
5...Krisis
Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati
terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai
MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.
6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin
PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau
meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang
dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan
Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau
akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS
pada 23 Oktober 1982.
FAKTA TAMBAHAN 11.
.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh
PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan
yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal
rumah tangga PAS.
8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat
perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg
dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah
mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan
rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau
pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus
bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang
dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan
mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.
10...Pada
November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang
darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh
Kerajaan Pusat.
11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka
bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam
jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat
persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.
12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan
dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas
Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang
menetang gabungan PAS-BN.
13...Hasil dari desakan itu, Haji
Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan
kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg
kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang
undang-undang Darurat.
14...Malah beberapa pimpinan Pas yg
menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula
menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO,
menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di
Kelantan.
15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah
berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah
menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.
16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada
perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.
18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama
ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu
terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan
sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri
Kelantan
Sumber : SINI


Post a Comment