Salam buat semua.....
Seorang ibu muda yang dituduh mengamalkan sihir dibogel, disimbah dengan petrol dan dibakar hidup-hidup di depan orang ramai,
termasuk kanak-kanak sekolah, di Papua New Guinea.
Wanita itu, Kepari Leniata, 20, dilapor diseksa dengan besi dan
diikat sebelum di simbah dengan minyak dan dibakar di atas longgokan
sampah dan tayar kereta.
Menurut akhbar Post Courier, dia dibakar penduduk kampung yang
menuduhnya membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun dengan
mengguna sihir.
Polis tidak dapat menghalang perbuatan berkenaan
ketika kejadian kerana kekurangan anggota berbanding penduduk kampung
yang ramai itu.
KAKI mangsa dapat dilihat di bawah tayar kereta ketika dia dibakar.
Kereta bomba yang datang selepas menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di bandar Mount Hagen, juga diusir.
Menurut laporan akhbar berkenaan yang turut menyiarkan imej mayat
wanita itu terbakar, dia mengaku membunuh kanak-kanak berkenaan yang
mati selepas dimasukkan ke hospital kerana sakit perut dan dada, Selasa
lalu.
Polis berkata, mereka menyifatkan kes itu sebagai
pembunuhan dan sudah mengambil langkah untuk mendakwa mereka yang
bertanggung-jawab.
Penduduk Papua New Guinea amat mempercayai
sihir dan ramai tidak boleh menerima alasan semula jadi sebagai punca
sakit, kemalangan atau kematian.
Polis berkata, puluhan penduduk
ditahan tahun lalu berkait dengan kes pembunuhan seorang lelaki yang
dituduh membunuh tujuh orang dan makan otak mereka sementara kemaluan
mereka dijadikan sup.
Kes sihir dan kanibal di negara itu agak
meluas beberapa tahun kebelakangan, termasuk satu laporan pada 2011
mengenai seorang lelaki memakan bayinya yang baru lahir.

Post a Comment