Salam buat semua...
Kemarahan penyokong Pas terhadap pimpinan mereka kian merebak berikutan
beberapa isu yang menampakkan parti itu dan pemimpinnya tidak bertegas
dalam soal Islam dengan pakatan mereka terutamanya DAP.
Semalam (4 Februari) sekumpulan lagi penyokong Pas dari Kuala
Terengganu yang diketuai oleh Zamri Yaakob telah berhimpun di Dataran
Masjid Terapung Kuala Ibai, kira-kira jam 3.20 petang.
Mereka
menentang sama sekali tindakan pimpinan parti mereka yang diperalatkan
DAP dan bukan Islam dalam PKR kerana berpendapat menjejaskan masa depan
umat Islam dan bangsa Melayu.
Zamri berkata, mereka mahu Pas keluar dari pakatan DAP dan PKR segera bagi menyelamatkan bangsa Melayu dan umat Islam.
Beberapa perkara dikemukakan dalam bantahan tersebut , antaranya:
- Mereka ingin tahu apa pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR)
dalam Isu kalimah Allah dan minta dibuat kenyataan segera setelah Majlis
Syura Ulama Pas membuat keputusan bahawa kalimah Allah hanya untuk
orang Islam sahaja dan tidak boleh digunakan oleh agama lain.
-
Mereka juga mendesak supaya Majlis Syura Ulamak Pas mengeluarkan hukum,
apakah boleh mereka berpakat dan membantu DAP dalam pilihan raya nanti
kerana ternyata DAP memusuhi Islam secara nyata.
- Sehingga ini Lim
Guang Eng, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim masih berdegil dalam isu
kalimah Allah, maka kumpulan ini menuntut ketiga-tiga mereka ini segera
memohon maaf kepada Pas serta umat Islam
“Kami sangat berharap
pemimpin Pas bersatu hati dan singkirkan barua-barua DAP/PKR dalam Pas.
Kami yakin barua-barua itu terdapat dalam Pas” tegas Zamri dalam satu
kenyataan yang diedarkan.
Antara kata-kata pada spanduk mereka
termasuklah “DAP jangan jadi biadap pada Islam”, “Petualang Pas jangan
jadi baru DAP” , “Pimpinan Islam dalam PR wajib halau DAP”, yang paling menarik perhatian Angin ialan sepanduk yang tertulis :
"D- Dalang A - Api P - Perkauman " dan lain-lain
lagi.
Siapa setuju dengan sepanduk ini???


Post a Comment