Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

TERKINI : Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata Sebelah Pihak

Wednesday, 6 March 20130 comments














Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan
gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi
menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.


"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak
bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis," kata
jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata
tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB
untuk menamatkan keganasan di sana.


Beliau berkata ini adalah "untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa."


Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.


Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan
gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.




mStar

Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger