Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

ANWAR : PAKATAN RAKYAT AKAN MEMELIHARA KEDAULATAN SABAH SEKIRANYA MEMERINTAH!!!

Wednesday, 6 March 20130 comments







PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mendakwa kepimpinan kerajaan gagal menangani isu pencerobohan yang
berlaku di Lahad Datu lebih awal.





Anwar berkata, kerajaan sepatutnya menyelesaikan lebih awal insiden
pencerobohan tersebut sebelum lebih banyak pertumpahan darah berlaku.





"Ini bukan kelemahan di peringkat Angkatan Tentera Malaysia atau
pasukan polis tetapi ini kelemahan dalam memberi arahan di peringkat
tertinggi.





"Kenapa kerajaan ambil masa yang lama sampai 23 hari untuk atasi
insiden pencerobohan sedangkan kedaulatan (Sabah) digugat," katanya pada
sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.





Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut berjanji Pakatan Rakyat
akan memelihara kedaulatan Sabah dan negara ini sekiranya mereka
memegang tampuk pemerintahan.





"Jika kita ambil alih, kita janji tidak akan membenarkan mana-mana
militan masuk ke negara ini. Demi kedaulatan dan maruah negara ini,"
katanya.





Beliau sekali lagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib
Tun Razak memanggil sidang Parlimen tergempar untuk membincangkan isu
pencerobohan di Lahad Datu serta memberi penerangan kepada semua ahli
Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.





Anwar menegaskan serangan yang dilakukan oleh kerajaan adalah
terhadap penceroboh bersenjata yang mengaku tentera Sulu dan bukannya
rakyat Sulu yang tinggal di Malaysia.





"Ini bukan peperangan terhadap rakyat Sulu tapi terhadap puak
penceroboh bersenjata... Kita telah jelaskannya kita tidak akan benarkan
sebarang aktiviti militan di negara ini," katanya.
Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger