Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

UPDATE LAHAD DATU : PUTERI KIRAM III MENEGASKAN PENGGANAS SULU TIDAK AKAN MENYERAH DIRI

Sunday, 10 March 20130 comments











Anak
perempuan kepada Jamalul Kiram III hari ini berkata, pengikut mereka
tidak akan menyerah diri, meskipun Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina
menyatakan itu adalah satu-satunya jalan yang ada untuk menghalang lebih
banyak pertumpahan darah.







Ketika
bercakap kepada radio dzMM, Jaycel (gambar) berkata, kumpulan yang
diketuai Azzumudie Kiram tidak akan 


meninggalkan Sabah, walaupun mereka
kini diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.







"Kumpulan
itu akan terus bertahan di Sabah kerana bagi mereka itu adalah satu
penghormatan," katanya yang dipetik oleh abs-cbnnews.com.







Semalam,
Jurucakap Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez berkata, kumpulan
pengganas yang diketuai Azzumudie Kiram itu kini tidak mempunyai pilihan
lain kecuali menyerah diri selepas permintaan gencatan senjata ditolak
oleh kerajaan Malaysia.







Menurut
polis Malaysia, kumpulan pengganas itu juga tidak menunjukkan
tanda-tanda mahu menyerah diri, menyebabkan operasi menggempur mereka
diteruskan.







Hernandez
turut memberi amaran bahawa, pasukan keselamatan Malaysia memutuskan
untuk 'memusnahkan kumpulan pengganas itu' yang menceroboh Lahad Datu. -
AGENSI



Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger