Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

UPDATE LAHAD DATU: MAYAT PENGGANAS DITEMUI DENGAN MEMAKAI TANGKAL KALIMAH

Friday, 8 March 20130 comments










Dalam Ops
Daulat yang memasuki hari kelima beberapa mayat lagi telah dijumpai oleh
pihak keselamatan dan pada mayat terdapat tangkal bertulis kalimah
al-Quran dan amat menyedihkan lagi kerana tangkal itu turut dipakai di
celah kelangkang pengganas tersebut.



Menurut
sumber pihak keselamatan, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang
ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung
Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi 



“Apabila
pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui
tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta
di pinggang.

“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan
menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar
amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,”
katanya.




Tangkal itu
juga umpama untuk menaikkan semangat kepada pengganas Sulu yang mereka
ibaratkan pasukan keselamatan adalah musuh yang halal darahnya.



Gambar di bawah menunjuk Penceroboh memakai tangkai berwarna hitam..






Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger