Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

UPDATE LAHAD DATU: LEBIH BANYAK MAYAT MUNGKIN DITANAM DI KG TANDUO - PESURUHJAYA POLIS SABAH

Monday, 11 March 20130 comments










LAHAD DATU: Lebih banyak mayat pengganas Sulu mungkin ditanam di Kampung Tanduo berbanding hanya sembilan yang dijumpai sebelum ini.




Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, beliau mendapat
maklumat terbaru bahawa kira-kira 15 mayat ditanam di lubang kubur
tersebut.




"Kami percaya terdapat lebih banyak mayat ditanam di dalam lubang kubur yang sama dan kubur lain yang berdekatan.




"Pasukan keselamatan akan kembali semula ke sana untuk melakukan
pemeriksaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini,
Selasa.




Kira-kira sembilan mayat dijumpai dalam satu lubung kubur oleh pasukan keselamatan ketika Op Daulat dilancarkan pada 6 Mac lalu.




Hamza turut mengesahkan bahawa mayat Haji Musa, jeneral kumpulan
pengganas Sulu yang diketuai oleh Azzimudie Kiram ditemui di Kampung
Tanjung Batu.




"Satu lagi mayat turut dijumpai dari Kampung Tanjung Batu pada Selasa
menjadi jumlah mayat yang ditemui kepada 23 orang," katanya.




Angka kematian pengganas Sulu kekal 54 orang dan tiada insiden tembakan dilaporkan sejak Isnin.


Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger