Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

TUN DR. M : SOKONGAN TERHADAP ANWAR DI PERMATANG PAUH MAKIN KURANG

Saturday, 23 March 20130 comments







Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain.""Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini, hari ini.



Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahan kerusi parlimen Permatang Pauh.
Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger