HomeTERKINI LAHAD DATU: PENDUDUK DIPINDAHKAN DEMI KESELAMATAN
TERKINI LAHAD DATU: PENDUDUK DIPINDAHKAN DEMI KESELAMATAN
Tuesday, 5 March 20130 comments
Kira-kira
600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, di sini
dipindahkan ke Dewan Embara, dekat sini susulan tindakan ofensif pasukan
keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu, Selasa.
Empat kampung terbabit ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani.
Ketua
Masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assafal Alian berkata mereka
diaraholeh pasukan keselamatan supaya berpindah ke dewan itu sejak dua
hari lepasdengan semua keperluan makanan disediakan, namun tidak
dimaklumkan sehingga bilaperlu berada di situ.
"Kami tiada masalah untuk tinggal di sini kerana yang penting keselamatanpenduduk terjamin ketika operasi menggempur diadakan.
"Namun,
kami amat berharap krisis pencerobohan di Kampung Tanduo
dapatdiselesaikan segera dan kami dapat kembali menjalani kehidupan
seperti biasa,"katanya kepada Bernama.
Suri rumah, Normisnah
Ahmad dari Kampung Sungai Merah juga menyatakan harapan serupa agar
krisis pencerobohan di Kampung Tanduo berakhir segera agar dia bersama
keluarganya dapat pulang ke rumah secepat mungkin.
Beliau turut berharap supaya kemudahan perubatan untuk penduduk yang berpindah ke dewan itu ditingkatkan.
SUMBER :MELAYU BLUES


Post a Comment