Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

TERKINI LAHAD DATU: AZIMUDDIN KIRAM BERJAYA LARI BALIK JUMPA JAMALUL KIRAM III

Friday, 15 March 20130 comments







KOTA KINABALU: Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram telah berjaya meninggalkan Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina, kata Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin



Beliau berkata pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan."Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan"Azzimudie telah meninggalkan kumpulannya bersendirian dan tekah melarikan diri ke negaranya," kata Zulkifeli dalam satu sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada lewat petang Jumaat.



Sementara itu, Ismail berkata daripada maklumbalas daripada pasukan keselamatan di lapangan menunjukkan bahawa Azzumudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya di sini.



Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan, Zulkifeli dan Ismail enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.- Terengganu Today
Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger