Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

TERKINI 12.00 TGHARI : MAYAT 22 PENGGANAS DIBAWA KELUAR

Sunday, 10 March 20130 comments







LAHAD
DATU: Pasukan keselamatan mengeluarkan kira-kira 22 lagi mayat
pengganas Sulu dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan
Semporna serta seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati, kata
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin.




Beliau berkata, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Tawau dan Lahad Datu untuk siasatan forensik dan bedah siasat.



Lelaki
tersebut ditembak mati di Kampung Tanjung Batu pada Ahad selepas dua
anggota polis cedera dalam insiden berbalas tembakan.




Jumlah anggota keselamatan yang cedera kini meningkat kepada lima orang.



Hamza
berkata, enam lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan
pengganas itu ditahan, menjadikan jumlah tahanan kini 97 orang.




Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.



Sementra itu, seramai 125 individu lagi turut ditahan kerana cuba memasuki kawasan operasi.



Hamza
berkata, operasi menggeledah di Kampung Tanduo telah selesai dan
pasukan keselamatan kini berada pada peringkat akhir untuk mengesan
saki-baki pengganas Sulu.




- sumber Terengganu Today
Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger