Seorang lelaki bernama Mohd Fareez Kamal Intidzam bakal mencetuskan
kontroversi terbaru berkenaan skandal sulit bersama Anwar Ibrahim
apabila beliau dipercayai menulis surat kepada Presiden PAS, TG Datuk
Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin lalu.
Surat yang ditulis tangan itu antara lain mendakwa bahawa beliau ‘rapat’
dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kononnya menyebabkan Presiden
PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar berasa
cemburu akan hubungan mereka.
Dalam surat itu, Mohd Fareez mendakwa Anwar melantiknya sebagai Pegawai
Diplomat Sulit Antarabangsa sejak tahun 2008 kerana hubungan yang rapat
tersebut. Selain itu, beliau juga merupakan bekas Setiausaha Politik
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Surat yang dihantar kepada Presiden PAS itu bertujuan mahu meminta
campur tangan Hadi Awang agar menasihati Wan Azizah supaya berundur
daripada parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Dakwa Mohd Fareez , pengunduran Wan Azizah dapat menyelamatkan pilihan
raya daripada sikap negatif Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah.
Berikutan penulisan surat itu, beliau telah membuat laporan polis
kononnya bimbang dia akan menerima ancaman keselamatan daripada
pengikut-pengikut Presiden PKR.
Sambil mengesahkan dirinya sebagai penulis surat tersebut, Mohd Fareez
mengulangi dakwaannya bahawa ancaman keselamatan terhadap dirinya datang
daripada pengikut setia Wan Azizah.
“Saya kenal mereka, sebab saya sudah lama dalam PKR,” katanya seperti didalam Buletin Utama, TV3 malam tadi.
Mohd Fareez turut mengulangi kata-kata yang terkandung dalam surat itu
bahawa Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah cemburu akan hubungan
rapatnya dengan Anwar Ibrahim.
sumber : sini


Post a Comment