Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

SEDIH!!!! PELAKON SITI FAZURINA SEMPAT MOHON MAAF DARI IBUNYA....

Tuesday, 26 March 20130 comments


Siti Fazurina peluk ibu



Siti Fazurina yang dilanda kontroversi perkahwinanya yang dikatakan
berkahwin lari tanpa pengetahuan ahli keluarga akhirnya menjelaskan
segalanya disatu sidang media yang diadakan sebelum ini.. Jelas Siti
Fazurina, dia sedar ibunya berkecil hati dengan tindakkanya berkahwin
secara senyap dengan Hykal yang dikenali sejak dua tahun yang lalu..




Siti Fazurina peluk ibu



Namun
keputusan Fazurina untuk berkahwin adalah muktamad dan kini mereka
sudahpun sah sebagai suami isteri atas dasar rasa cinta dan kasih
sayang.. Fazurina berharap keluarganya menerima ketentuan jodoh ini dan
merestui perkahwinan mereka..




Siti Fazurina peluk ibu

Bercerita mengenai masaalah yang
timbul, Fazurina mengakui yang keluarganya pernah menentang hubungan
percintaan mereka berdua dan puncanya biar la menjadi rahsia peribadi
kerana masaalah yang timbul bukanya baru berlaku tetapi sudah berlarutan
lebih dua tahun lalu… Fazurina juga enggan mengulas lanjut kerana tidak
mahu mengaibkan sesiapa terutama perasaan ibunya..

Katanya, dia
ada memberitahu hasratnya untuk berkahwin kepada ibunya, tetapi
ditentang hingga menyebabkannya terpaksa meminta bantuan saudara bagi
membantu menguruskan perkahwinan serta menyediakan segala dokumen
pernikahan..



Siti Fazurina sidang media

“Saya tidak berkahwin di Thailand dan ia
sah disisi agama kerana perkahwinan dilakukan dengan lancar diwalikan
bapa saudara di Masjid Jamek Sungai Pinang, Jelutong, tepat jam 3.40
petang dengan mas kahwin RM2,012 dan hantaran RM30,000.

“Saya
mohon isu perkahwinan ini tidak diperbesarkan serta memohon ampun dan
maaf dengan apa yang berlaku.. Saya harap semua pihak mendoakan yang
terbaik untuk saya dan suami.”


Siti Fazurina peluk ibu


Apa yang menyayat
hati, ketika Fazurina melihat ibunya bergegas keluar dari sidang media
tersebut, dia terus berkejar mendapatkan ibunya dan hanya sempat memeluk
ibunya beberapa saat sambil meminta ampun sebelum ibunya ditarik oleh
adik-beradik yang lain meninggalkan tempat itu.. Siti Fazurina kelihatan
tersentak dan menangis apabila ibunya mengikut saudara-maranya pergi
meninggalkannya..















Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger