Dengan penuh tak malunya, anak perempuan kepala lanun Sulu yang mengakui
Puteri Sultan menuduh Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak
sebagai PENGGANAS kerana telah mengarahkan serangan udara dan darat
terhadap lanun-lanun Sulu yang menceroboh dan membunuh anggota-anggota
keselamatan Malaysia.
Katanya, lanun-lanun Sulu yang menceroboh Sabah itu bukannya pengganas.
Sebaliknya mereka hanya datang untuk tinggal di tanah mereka!
Tanah mereka?
Tanah apa yang mereka ada di Sabah?
Dia fikir ini zaman Pirates of Carribean yang boleh sesuka hati singgah
mana-mana tempat, kemudian mengaku itu tanah mereka? Dia ingat ini zaman
Christopher Columbus atau mana-mana orang Barat yang sampai ke suatu
kawasan dan kemudian mengaku merekalah penemu tempat berkenaan lantas
menjadikan tempat itu sebagai tempat mereka?
Barangkali Jacel Kiram ni jenis tak pernah pergi sekolah. Barangkali
Jacel Kiram juga jenis tak sedar diri dan cuba nak menipu satu dunia,
konon-kononnya mereka adalah daripada Kesultanan Sulu sedangkan
bapanya, Jamalul Kiram III bukannya Sultan Sulu pun. Sebaliknya, Sultan
Sulu sebenar, Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II mengiktiraf Sabah
sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Bodoh punya betina!
Orang-orang kau datang menceroboh dengan senjata, kau kata itu tak
mengganas. Orang-orang kau bunuh anggota pasukan keselamatan kami, buat
kacau di negara kami, kau kata itu tak mengganas? Orang-orang kau
berlagak macam samseng dan Sabah macam harta mak bapak diorang, kau kata
Perdana Menteri kami yang mengganas? Kerajaan kami dah bagi peluang
kepada orang-orang kau untuk menyerah dan meletak senjata, tapi
orang-orang kau balas dengan membunuh anggota keselamatan kami, kau kata
kami yang ganas?
Jenis tak sedar diri... sudahlah jadi puteri sultan palsu, buat tuntutan pun tuntutan palsu!


+ comments + 1 comments
Kalau nak selamat, gi lah panggil orang2 awak tu balik. Ni bukan tanah tumpah darah dia orang pun.
Post a Comment