Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

PANAS LAHAD DATU : ROH PENGGANAS DENGAN TANGKAL KINI BERKELIARAN DI KG TANDUO

Saturday, 30 March 20130 comments


 




Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di
sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga
lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.



Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.



Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.



"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.



"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.



Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.



"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.



"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.






Kosmo

Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger