MEKAH – Seorang jutawan wanita dan 95 orang pengikutnya yang terdiri
daripada warga Malaysia dan Indonesia ditahan dalam satu serbuan oleh
pihak berkuasa Arab Saudi di sebuah villa di sini semalam.
Berumur 52 tahun, dia dan pengikutnya diberkas kerana disyaki
menjalankan kegiatan ‘mencurigakan’ dan ‘penyelewengan’ dalam agama.
Serbuan dibuat di tiga buah lokasi banglo mewah iaitu dua buah di daerah Al Khalidiya dan sebuah lagi di kawasan di antara Mekah dan Jeddah.
Difahamkan, wanita berkenaan yang juga KETUA KUMPULAN itu kini hidup
mewah di sini hasil daripada kegiatan ‘mencurigakan’ dia dan pengikutnya
itu.
Mynewshub.my diberitahu yang kesemua banglo itu dipercayai disewa
untuk memudahkan kegiatan dan pergerakan ahli kumpulan tersebut. – Mynewshub.my

Post a Comment