Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

LAHAD DATU : POLIS PERIKSA TEMPAT SIMPANAN SENJATA PENGGANAS

Thursday, 14 March 20130 comments





Semporna, 14 Mac - Sepasukan polis hari ini memeriksa kawasanTanah Perkuburan Kampung Panji di sini dipercayai tempat simpanan senjata api oleh kumpulan pengganas yang menyerang Kampung Simunul 2 Mac lepas.



Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata pemeriksaan pada 6.30 pagi itu dijalankan selepas menerima maklumat awam sejak beberapa hari lepas.



"Hasil pemeriksaan kita, polis tidak menemui sebarang senjata api. Saya harap penduduk tidak panik, kerana ia merupakan pemeriksaan biasa," katanya ketika dihubungi.



Beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan kira-kira 100 anggota polis dari unit VAT 69, Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am dan dibantu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna juga bertujuan mengumpul bukti terhadap kegiatan pengganas sejak beberapa minggu lepas.



Sementara itu, seorang penduduk Jurikun Borneo, 54, berkata ketika beliau sedang membuka kedai runcitnya pada 6.30 pagi beliau melihat sepasukan polis sedang memeriksa tanah perkuburan dengan menggunakan beberapa alat pengesansenjata.



"Saya nampak sekejap sahaja, tapi ramai anggota polis memeriksa tanah perkuburan itu," katanya. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger