HomeKENA TAHU!!!! KERAJAAN PAS MENGKHIANATI RAKYAT KELANTAN???
KENA TAHU!!!! KERAJAAN PAS MENGKHIANATI RAKYAT KELANTAN???
Saturday, 23 March 20130 comments
Itu beza antara Kerajaan yang banyak cakap dengan Kerajaan yang buat kerja.
Kalau ada jugak yang nak tuduh Kerjaaan Barisan Nasional kerana sekat
peruntukan, cuba tanya balik apa yang Kerajaan Negeri buat dengan
peruntukan yang Kerajaan Pusat beri di bawah Kumpulan Wang Amanah
Pengurusan Jalan Negeri.
MyMassa tak suka berhujah menggunakan bukti rekaan semata-mata seperti
mana yang sering dilakukan oleh Harakah. Kali ini MyMassa menggunakan LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA untuk Negeri Kelantan. Mari kita tengok fakta ini.
Sepanjang tahun 2009-2011, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan
sebanyak RM259.73 juta untuk negeri Kelantan bagi menyelenggara
jalan-jalan di negeri Kelantan. Daripada peruntukan Kumpulan Wang Amanah
Penyelenggaraan Jalan Negeri, wang tersebut bukan sahaja diberikan
kepada Jabatan Kerja Raya malah Pejabat Tanah dan Jajahan serta Pihak
Berkuasa Tempatan (di bawah Kerajaan Negeri) juga mendapat peruntukan
tersebut.
Apa yang MyMassa nak maklum kepada pembaca, bahawa tidak semua
peruntukan Kerajaan Persekutuan dibelanjakan oleh Kerajaan PAS Kelantan.
Berikut adalah penemuan audit:
Jika Kerajaan PAS Kelantan hanya menyalurkan kurang daripada separuh (42.9%) Kumpulan
Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, tidak hairanlah kenapa ada
jalan di negeri Kelantan kurang memuaskan. Sepatutnya Kerajaan PAS
Kelantan boleh menyediakan jalan yang lebih baik dengan menggunakan
peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. Tetapi malangnya wang yang diberi
hanya disimpan dalam perbendaharaan Negeri. Dalam masa yang sama,
pemimpin-pemimpin PAS yang menerajui Kerajaan Negeri turun berceramah
dengan MENFITNAH UMNO SEBAGAI KERAJAAN PERSEKUTUAN MENYEKAT PERUNTUKAN KEPADA RAKYAT KELANTAN!!!
MyMassa yakin ramai rakyat Kelantan dapat menilai siapa sebenarnya yang menzalimi rakyat negeri tersebut. Adakah
UMNO dan Barisan Nasional yang tidak menyalurkan peruntukan atau
Kerajaan PAS Kelantan sendiri GAGAL MENGURUS DANA PERSEKUTUAN DENGAN
BAIK DENGAN HANYA MEMBELANJAKAN 42.9% DARI PERUNTUKAN YANG DIBERI.
Jadi terpulang kepada pembaca sama ada nak pilih yang berceramah sana
sini macam PAS atau pilih BN yang kurang berceramah tapi kerja jalan.
SUMBER



Post a Comment