Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

KASIHAN!!!!! AHLI PAS JAHAT!!!! DIA SEMAKIN KAYA, BALU & YATIM MERANA!!!

Friday, 29 March 20130 comments









Dari seorang
bekas kerani sekolah yang tidak berpelajaran tinggi, Yusuf Hussin
sekarang ini bergelar Senator. Dari seorang yang berbelit-belit
pembohongnya dengan harta yang tidak seberapa, TRAGEDI MEMALI 1985 telah
membuatkan Yusuf Hussin menjadi antara orang terkaya di Daerah Baling. 




Sikap
pembohongnya, putar belitnya dan menghisap darah selain mencabuli
kedaifan dan kenaifan sebahagian besar penduduk Baling, terutama sekali
di Memali.

Siapa Mohamad Yusof Hussin?

Dia adalah seorang Senator Dewan Rakyat. Dia juga adalah orang yang
paling berkuasa di Baling dan boleh diletakkan dalam kategori 'TIDAK
BOLEH DISENTUH'. 




Orang ini juga
pembesar PAS terpenting di Daerah Baling. Pelbagai jawatan disandangnya.
Namun orang yang sama jugalah, yang telah dimetaforakan dengan pelbagai
ciri-ciri heroism, termasuklah kononnya telah menyelamatkan salah
seorang pegawai polis yang sekarang ini menjawat jawatan penting dalam
PAS Kedah pada hari kejadian Tragedi Berdarah Memali 1985.

TABUNG DERMA MEMALI adalah perkara yang paling sinonim dengan Yusuf
Hussin. 




Terdapat banyak
dakwaan pecah amanah, penyelewengan dan rompakan terhadap tabung yang
telah digerakkan oleh PAS secara menyeluruh di seluruh Malaysia dan
merupakan antara TABUNG DERMA YANG PALING BANYAK mengutip duit rakyat
Malaysia, khususnya penyokong kuat PAS.

Ketika dipersoalkan tentang tabung berkenaan dan isi kandungannya yang
telah ghaib begitu sahaja, Yusuf Hussin berselindung di belakang
beberapa orang pemimpin PAS Pusat, termasuklah bekas Presiden PAS,
Fadhil Nor yang telah meninggal dunia bertahun-tahun lalu. Yusuf Hussin
telah diarahkan agar menutup mulut dan tidak bercakap langsung tentang
TABUNG DERMA MEMALI padahal, dialah orang yang paling berkuasa dalam
tabung berkenaan.

Dan yang paling aneh ialah apabila Hasan Abdul Razak,




YDP PAS
Kulim-Bandar Bharu turut bercakap tentang tabung berkenaan dengan
menyatakan kononnya, audit telah dibuat dan tiada sebarang kesalahan,
penyelewengan atau penyonglapan dilakukan dalam semua urusan keluar
masuk wang tabung berkenaan. 




Hanya kerana SPRM
tidak bertindak, PAS Kedah, terutama sekali PAS Baling dan Kulim-Bandar
Bharu mendabik dada kononnya mereka telah dibuktikan tidak bersalah.

Benarkah dakwaan puak-puak ini? 




Atau sebenarnya
mereka sedang ketakutan yang amat sangat sekiranya, siasatan dibuat
secara intensif oleh SPRM dari Putrajaya tanpa penglibatan beberapa
orang pegawai tinggi SPRM yang diketahui mempunyai hubungan yang amat
kuat dengan kepimpinan PAS Pusat dan PAS Kedah? 




Bagaimana Hasan
Abdul Razak boleh menyatakan bahawa urusan keluar masuk wang tabung
berkenaan telus dan tidak mempunyai sebarang penyelewengan, sedangkan
berpuluh malah beratus juta ringgit yang sepatutnya diserahkan kepada
BALU-BALU, ANAK-ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka, tidak sampai ke
tangan sepatutnya? Bahkan tabung berkenaan secara 'tiba-tiba' dan 'penuh
misteri' menjadi kosong.

Berapa banyakkah wang daripada puluhan juta ringgit tersebut telah
diserahkan kepada balu, anak-anak yatim dan ahli keluarga mereka yang
terbabit dalam Tragedi Memali 1985? Apa yang telah diaudit dan disahkan
oleh PAS Kedah dan PAS Pusat berhubung perkara ini?

Terdapat banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Yusuf Hussin yang pada
hari kejadian, 'hilang ghaib' entah ke mana tetapi tiba-tiba sahaja
terpaksa menggunakan Tengku Muzaffar untuk menjadi alibinya konon, dia
ada di Memali pada hari kejadian dan menenangkan kemarahan ratusan
penduduk Kampung Memali. 




Walhal rekod dan
saksi pula menyatakan sebaliknya?

Yusuf Hussin yang kelihatan sangat lantang di Dewan Negara dan
seringkali diberikan publisiti oleh media-media pro-Pakatan Rakyat,
seharusnya tampil untuk menjelaskan, mengapa daripada puluhan kalau
tidak pun ratusan juta ringgit wang Tabung Derma Memali, tidak SATU SEN
PUN YANG SAMPAI ke tangan BALU, ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka yang
telah dipergunakan sebagai umpan dan modal untuk mengumpul derma di
seluruh negara dari tahun 1986 sehingga tahun 2000?

Isu Memali dan Tabung Derma yang dilabelkan sebagai Tabung Jihad, bukan
perkara usang yang perlu dilupakan, sebaliknya ia adalah permulaan
kepada pendedahan tentang bagaimana para pemimpin PAS melakukan penipuan
dengan berselindung di sebalik jubah, janggut dan serban. 




Yusuf Hussin
adalah watak utama dalam 'ceritera' ini dan orang itu jugalah yang perlu
terus didesak untuk memberitahu mengapa daripada ratusan juta ringgit
yang telah dipungut, para balu yang sekarang ini hanya berjumlah 9
orang, anak-anak yatim yang sebahagian besarnya diabaikan dan ahli-ahli
keluarga Tragedi Memali dipinggirkan. 




PAS seringkali bercakap tentang DOSA-DOSA BESAR pemimpin UMNO. Sekarang,
kita ingin tahu, adakah menggelapkan wang BALU, ANAK YATIM dan AHLI
KELUARGA mereka, tidak dianggap sebagai DOSA BESAR? 




















Harapnya ahli-ahli PAS serta orang ramai yang sedar akan penyelewengen Ahli PAS ini mendoakan kecelakaan mereka yang menggelapkan wang serta menyonglap wang2 anak yatim ini.

Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger