Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

ISU 13 PHOTO SEKS SONGSANG : ANWAR BUDAK CERDIK, PAYAH KALAU UMNO TAK SINGKIR : NIK AZIZ

Sunday, 17 March 20130 comments








SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini
turut mendakwa Umno adalah dalang kepada penyebaran gambar homoseks
seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.






 






Beliau berkata tindakan Umno yang tidak berputus asa untuk menjatuhkan
Anwar ibarat 'mahu mencincang' Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.






 






"Kerja Umno tuduh orang. Tak puas lagi, dia nak cincang Anwar pula,"
katanya kepada pemberita selepas menghadiri Expo Kelantan 2013 di
Kompleks Karangkraf, malam tadi.






 






Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata Umno tidak akan berhenti menyekat
Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu mampu melumpuhkan dan
mengikis keyakinan rakyat terhadap parti itu.






 






Bagaimanapun, Nik Aziz yakin Umno tidak akan dapat menyingkir Anwar walau apa cara sekalipun.






 






"Anwar budak cerdik. Payah kalau Umno tak singkir," katanya.






 






Beliau berkata demikian mengulas penyebaran beberapa gambar homoseksual
lelaki mirip Anwar yang tersebar secara meluas di laman-laman sosial.






 






Blog http://rajagoyang360.blogspot.com baru-baru ini memuatnaik 13 keping gambar aksi intim seorang lelaki mirip Anwar bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. 






 






Gambar hitam putih yang dipaparkan itu menunjukkan lelaki mirip Anwar
itu memasuki sebuah bilik sehinggalah beberapa aksi mesra termasuk
gambar bogelnya.






 






Anwar selepas menghadiri sesi 'Dialog Anak Muda bersama Anwar' di
Bandar Utama petang semalam berkata pendedahan terbaru itu sebagai
didalangi Umno.






 






"Fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya. Umno menggunakan media untuk
menyebarkan fitnah, itu namanya Melayu muslim," katanya.




Antara Pos 

Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger