Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

HOT!!!!! TWITTER PM MENGADAP YDP AGONG CETUS BERITA ANGIN BUBAR PARLIMEN

Tuesday, 12 March 20130 comments



Kereta rasmi Najib meninggalkan Istana Negara pagi ini


Kereta rasmi Najib meninggalkan Istana Negara pagi ini













KUALA LUMPUR: Twitter Berita Harian dengan sepotong gambar
menunjukkan kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
meninggalkan Istana Negara telah mencetus khabar angin bahawa Parlimen
akan dibubar hari ini.










Berita Harian memuat naik mesej Twitter : “Kelihatan kenderaan rasmi
Perdana Menteri keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang
di-Pertuan Agong hari ini.”








Mesej itu dimuat naik pada 11.29 pagi tadi.








Sejurus kemudian, akaun Twitter Berita Harian dihujani
berdozen-dozen mesej respons, kebanyakannya membuat spekulasi tentang
pembubaran Parlimen.








Bagaimanapun, seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri
memberitahu ABN News ia adalah satu kebiasaan bagi Perdana Menteri
mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet diadakan.









Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger