Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

HEBAT!!! HAJI HADI YAKIN KUASAI PAKATAN RAKYAT DENGAN BERTANDINGA 76 KERUSI PARLIMEN

Sunday, 17 March 20130 comments







 KUALA TERENGGANU – Pas dijangka bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Jumlah kerusi yang dinyatakan itu juga menunjukkan pertambahan sebanyak
10 kerusi kepada Pas berbanding pilihan raya umum sebelumnya yang
menyaksikan parti itu bertanding di 66 kerusi parlimen sahaja di seluruh
negara.




Perkara itu disahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dengan merujuk bahawa pihaknya akan bertanding lebih satu pertiga
daripada jumlah kerusi Parlimen bagi memastikan Pas menjadi teras
politik negara untuk menggantikan Umno.




Berdasarkan pertambahan kerusi yang disebutkan itu juga, Abdul Hadi
tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan kerusi lain melebihi 76
buah sekiranya terdapat perubahan yang menyebelahi parti itu pada
saat-saat akhir.




“Kita kena ingat kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222. Daripada
jumlah itu, saya hendak beritahu, insya-ALLAH Pas akan bertanding
sekurang-kurangnya 76 kerusi.




“Kita bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi parlimen
yang dipertandingkan seluruh negara. Insya-ALLAH mungkin akan ada lagi
(pertambahan kerusi) jika rakan-rakan kita dalam PR memberi lagi kerusi
kepada kita untuk bertanding,” katanya ketika menyampaikan ceramah di
Chabang Tiga, di sini.




Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Marang itu mengulangi
kenyataannya supaya mana-mana pihak tidak terpengaruh dengan dakwaan
bahawa DAP bakal menerajui negara sekiranya PR menang pada PRU13.




Abdul Hadi berkata, dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan parti
itu, DAP masih belum layak untuk menerajui pentadbiran kerajaan.




“DAP bertanding dalam 50 hingga 60 kerusi dan jika dia boleh menang 50
kerusi pun, masih tidak boleh hendak memerintah Malaysia ini.




“Oleh itu, usahlah terpengaruh dengan dakyah Umno-Barisan Nasional
(BN). Mereka letak calon bukan Melayu di 21 kerusi majoriti orang
Melayu. Umno telah beri kerusi kepada MCA, MIC dan Gerakan,” katanya.





Angin : Ekeleh..... 76 kerusi saje ker.... tu pun kalau menang semua baru 1/3 dari kerusi parlimen. Dah kalau kalah separuh... camner pulak??? Jadi bos ke jadi kuli??? 





Mimpi ke Bulan ke????? 

Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger