Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

HANGAT!!!! VIDEO PENUH PARA SYUHADA' YANG GUGUR DI LAHAD DATU

Monday, 4 March 20130 comments

Salam buar semua....








Entah mengapa tiba-tiba hati jadi sayu bila menatap photo di atas. Mungkin kerana Angin sendiri mempunyai anak-anak.





Tatkala menonton video khas dari Terengganu Today dibawah pula, sebak dada, pahlawan-pahlawan kita gugur kerana mempertahankan negara. Biar ada yang berprasangka, namun bagi Angin merekalah wira, merekalah pahlawan tak terbalas jasa mereka dek kerana merekalah, kita hidup aman, damai dengan ekonomi yang begitu baik.





Tiba-tiba gugur airmata mendengar bait-bait puisi yang dideklamasikan oleh penyajak. Benar!!! Pahlawan ini akan didendang sementara, akan terpahat di dada-dada akhbar untuk sehari dua kemudian mereka hilang dari ingatan kita. Biarpun airmata gugur, namun semangat jitu warisan pahlawan-pahlawan yang shuhada ini tidak akan terpadam.





Alfatihah, buat semua pahlawan yang terkorban demi Agama Bangsa dan Negara. Semoga ruhmu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para shuhada' 





Amin...ya robbal alamin...




Merengkok nadi dan sendulah hati

kerana semalam kesah sayu memamah diri

dalam kehitaman sejarah bumi ini

matinya pahlawan kerana bertahan di dada pertiwi

dengan peluru dan darah

dengan keringat yang tumpah


Pahlawan

matimu mati melingkar sejarah

matimu hanya mati pada jasad

dan matimu hanya mati dari jagat


Pahlawan

ketahuilah kamu bahawa kematianmu

cuma dikenang dalam doa dan restu

cuma diukir nama pada sebuah tugu

dan cuma semusim sekali dibawa berlagu

padalah

biarkanlah tugu menjadi keramat dan jihad

dan biarkan lah ia dikenang dengan tekad

bahawa kami penyambung wasiat

bisa ada warisan

dalam darah

dalam sejarah


Pahlawan

kami anak-anak mengugat zaman

bukan hanya lumrah dengan tekad dan sumpah

tapi

sakan mengukit sejarah sepertimu  jua

demi ibu

tanah bertuah ku rela rebah

demi ibu

tanah bertuah ku rela menitis darah


Pahlawan

hari ini harimu dalam kenangan

kerana jasa dan bakti yang terbilang

kami kenangi dalam sedu dan sumpah hulubalang










Pahlawan

semadilah dikau

dengan bunga-bunga di kalungan

lambang kenangan

dan itulah kurnia yang maha agung kami sembahkan

kerana, bintang-bintang kebesaran

sudah tak bererti padamu


Pahlawan

semadi

dan semadilah

hingga harimu ke mari lagi














Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger