PUTRAJAYA
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan
'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan
awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat
kuasa mulai 1 Julai ini.
Mengumumkan perkara itu di sini hari ini,
Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah
sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif
(SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang
dibatalkan tahun lalu.
Antaranya:
- Mulai 1 Januari
2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam
iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan
ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong
Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa
Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya
Polis dari Gred 48 kepada 52;
- 50,000 pegawai kontrak yang tamat
kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian
menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
- Skim perkhidmatan dari
Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR.
Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
- Kerajaan setuju
laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan
tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia
libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
- Kerajaan
setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan
Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan
Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
- Seramai 182,434 penjawat awam
punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan,
semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah
Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat
kuasa 1 Januari 2013;
- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau
semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga
peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
-
Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji
gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju
buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat
iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta
"pay for performanca";
- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam
faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013.
Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan
perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;
Tonton Video blogger PR kata MELAYU BODOH disini


Post a Comment