Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

CERITA DISEBALIK KEMATIAN PI BALA

Friday, 15 March 20130 comments









PETALING JAYA: Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala, meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah klinik di Rawang pada Jumaat.



Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, yang juga Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR memaklumkan, Balasubramaniam mengalami masalah pernafasan dan meninggal dunia pada 1.40 petang.



Mendiang sepatutnya dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh dari rumahnya di Rawang pada kira-kira 1.30 petang ini, katanya.



Beliau berkata Balasubramaniam yang baru sahaja pulang ke negara ini dari India, mengalami masalah jantung dan dimasukkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) mingggu lepas.



Mendiang dijangka menjalani pembedahan pintasan jantung dalam tempoh tiga minggu dan dibenarkan keluar dari hospital itu Selasa lepas.
Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger