Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

AHLI POLITIK BERGEMBIRA KERANA ISU PENGGANAS DI LAHAD DATU???

Tuesday, 5 March 20130 comments


Salam buat semua....







Agaknya le ada yang sedang ketawa besar kerana happy tak diganggu oleh bloggers & wartawan





Sejak pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, berita tentang ahli politik menjadi sunyi sepi.  Tak ada khabar berita tentang mereka yang akan menghadapi pilihanraya umum 13 akan datang ini.





Semua blogger dan wartawan tertumpu kepada kejadian yang berlaku di Lahad Datu Sabah. Sehingga mungkin terlupa akan pilihanraya yang bakal menjelang tak lama lagi.





Mungkin ada antara ahli politik tak kira dari pihak kerajaan dan pembangkang yang menarik nafas lega kerana mereka tidak menjadi bahan dalam blog atau akhbar-akhbar.





Bukan Angin kata tak ada langsung.... adalah yang muncul dua tiga orang tapi yang berkaitan dengan isu pencerobohan sahaja.





Mungkin masing-masing sedang mengguna peluang yang ada ini untuk berehat dan membuat percaturan apa yang perlu dibuat jika nama naik menjadi calon. 





hihihihiihihi..... kelakar jugak kadang-kadang bila terfikir gitu.... tapi tak perlah... untuk menghangatkan keadaan... jom kita lihat apa kata anggota PAS Kg Bahagia Yan Kedah tentang Menteri Besar mereka Datuk Seri Azizan Razak





   ----------------------------------------------------------------------





YAN, 5 Mac (Bernama) -- Kalangan anggota PAS Cawangan Kampung Bahagia,
Sungai Limau di sini menyifatkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan
Abdul Razak sebagai angkuh dan mendesaknya segera meletak jawatan.



Wakil mereka, Mohd Salleh Mad Abu, 61, mendakwa kesombongan dan sikap
angkuh Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri semakin ketara selepas
memegang jawatan Menteri Besar.



Anggota PAS seumur hidup itu tidak menolak kemungkinan sokongan
terhadap PAS akan turun mendadak sekali gus memberi kesan terhadap
keputusan pilihan raya umum akan datang jika Azizan masih berdegil untuk
tidak mahu berundur.



Mohd Salleh yang juga bekas Anggota Jawatankuasa (Keselamatan) PAS
Parlimen Yan berkata: "Saya dah (pernah) berkhidmat selama empat penggal
dengan Azizan, saya ni macam keldai dia, tapi dia hina saya, kata saya
orang gila. Dia juga sombong dengan ahli-ahli PAS yang lain yang selama
ini banyak membantunya sebelum dia jadi Menteri Besar Kedah.



"Saya tidak setuju dengan tindak tanduk Menteri Besar yang dah memecah
belahkan perpaduan dalam PAS ini dan selayaknya dia letak jawatan,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Sementara itu, Rahmad Omar, 60, dari cawangan sama berkata Azizan perlu
berundur kerana beliau telah gagal membendung perpecahan dalam parti
itu.



"Demi kesejahteraan PAS Kedah, Azizan sila undur diri dan beri peluang
kepada ahli lain yang lebih layak untuk mengetuai PAS Kedah.



"Kami sebenarnya tiada ruang untuk bersuara dan menyampaikan rasa hati
kami yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Azizan selama ini,"
katanya.



-- BERNAMA

Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger