Agbimuddin
Kiram dianggap sebagai lagenda dan wira di kalangan umat Islam Filipina
kerana berjaya meloloskan diri dari ditangkap oleh pasukan keselamatan
Malaysia, kata kolumnis The Philippine Daily Inquirer.
Agbimuddin dianggap ‘wira’ oleh umat Islam Filipina, kata kolumnis.
Dalam
kolum “As I see it”, wartawan veteran Neal H. Cruz mengatakan menyukai
“raja muda” Sulu dan dakwaan keganasan yang dihadapi warga Filipina di
Sabah sama seperti perjuangan kaum Indian dan Afrika di Amerika, yang
ditindas oleh pendatang imigran dari Eropah.
Cruz berkata jika Agbimuddin ditemui mati, ketua militan itu akan disanjung lebih hebat.
Beliau
berkata Presiden Filipina Benigno Aquino III perlu dipersalahkan,
kerana sikapnya mengenai krisis Sabah “mengundang kemarahan”.
“Beberapa
tahun dari sekarang, cerita Kesultanan Sulu dan wira-wiranya akan
tersebar, tentang bagaimana mereka ditindas oleh kerajaan Malaysia dan
FIlipina dan cerita itu akan berterusan zaman berzaman,” kata kolumnis
itu dalam tulisannya.
“Sebuah
buku akan ditulis tentang mereka, sebuah filem akan difilemkan tentang
mereka, sama seperti sejarah Indian dan Afrika di Amerika pada masa
lalu.”
Agbimuddin
dan 235 pengikutnya dikepung dalam pertempuran ganas dengan ribuan
anggota keselamatan Malaysia yang mempunyai senjata berat, jet pejuang,
kereta kebal dan bom dalam 18 hari selepas Ops Daulat dilancarkan pada 5
Mac lalu.
Agbimuddin,
“raja muda” dan adik kepada Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya
sebagai Sultan Sulu, mendarat di Sabah untuk merampas semula negeri yang
didakwa miliknya empat abad lalu, berjaya melarikan diri walaupun
dikepung hebat oleh pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut
laporan dari sumber risikan Malaysia semalam, pemimpin puak bersenjata
itu berjaya melarikan diri dari Sabah pada 11 Mac dan ke satu pulau di
selatan Filipina untuk melarikan diri dari ditangkap pihak berkuasa
Filipina.
Laporan
menunjukkan 63 pengikut Agbimuddin dibunuh, dan yang lain sama ada
melarikan diri pulang ke Filipina atau menyembunyikan diri di Lahad
Datu.
Cruz
berkata pertempuran harus ditamatkan, dan Putrajaya serta Manila harus
bertemu dengan Sultan Sulu untuk menamatkan krisis ini.
“Membunuh
dan mempenjarakan pengikut Sultan tidak akan menyelesaikan masalah
tetapi memburukkan keadaan, jadi mereka perlu berbincang,” katanya lagi.
Beliau
berkata pentadbiran Aquino tidak mengendahkan keluarga Kiram dari mula
walaupun presiden itu berkata beliau sudi untuk berbincang dengan
keluarga tersebut.
Cruz
mengingatkan mengenai surat yang dihantar oleh keluarga Kiram kepada
Aquino apabila beliau mula-mula memegang jawatan presiden pada 2010, dan
meminta Aquino membantunya tentang tuntutan Sabah. “Tetapi Malacanang
mendakwa surat tersebut 'hilang',” katanya lagi.
“Hilang
atau tak ambil peduli? Pegawai kerajaan tidak mahu bercakap dengan
beliau (Sultan), sebaliknya bercakap dengan adiknya, yang tidak boleh
membuat apa-apa keputusan.
“Jika tidak mahu ke rumahnya di Taguig, kenapa tak berikan mereka tambang teksi ke Malacanang supaya mereka boleh berbincang?”
Cruz
menyambung dengan berkata walaupun presiden mengatakan keinginan untuk
“berbincang”, tetapi pihak berkuasa Filipina menahan pengikut Kiram dan
mendakwanya di mahkamah.
Cruz
berkata penahanan 36 individu di bot ketika di pesisiran pantai
Filipina, dan mendakwa lapan warga Filipina kerana keganasan di Sabah.
“Warga
Filipina, dibawah pemerintahan Presiden Aquino, kini tersepit antara
dua pihak,” katanya yang berkata jika mereka terus tinggal di Sabah atau
pulang, mereka akan ditahan dan dihukum.
“Jadi,
apa yang mereka boleh buat? Ada yang akan terus tinggal di situ dan
mati dalam pertempuran, membunuh beberapa rakyat Malaysia, dan bertemu
bidadari di alam barzakh,” katanya lagi.
sumber



Post a Comment