Salam buat semua....
Siapa tidak kenal dengan individu bernama Dato' Raja Bahrin Shah raja
Ahmad. Seorang arkitek terkenal dari Terengganu yang mana melalui
syarikatnya Seribahri Arkitek banyak mendapat projek-projek besar dari
kerajaan BN.
Antara projek berprofil tinggi yang diberi ialah dengan menjadi arkitek
kepada Stadium Sultan Mizan yang telah runtuh bumbungnya pada 2 Jun 2009
disebabkan kehebatan tokoh ini.
Pada tahun 1981 beliau telah berkahwin dengan Jacqueline Pascarl seorang
penulis warga Australia dan dikurniakan dua orang anak iaitu Raja
Mohamad Baharuddin dan Raja Shahirah.
Pada tahun 1985, dua anaknya telah dilarikan oleh isterinya yang telah
kembali ke agama asala (murtad) ke Australia . Selama 7 tahun Raja Bahrin cuba
mendapatkan semula anak-anaknya melalui Mahkamah Keluarga Australia.
Akibat kegagalan Raja Bahrin mempertahankan akidah Jacqueline, dua orang
anaknya itu hampir tidak dapat diselamatkan dari pengaruh
kristianisasi.
Kerajaan Barisan Nasional telah cuba untuk
mempermudahkan dan membantu usaha Raja Bahrin membawa pulang kedua
anaknya itu. Namun atas karenah birokrasi pihak Australia menyukarkan
proses tersebut. Akhirnya dengan bantuan seorang rakyat Australia Raja
Bahrin berjaya membawa lari kedua anaknya menggunakan kapal nelayan
melalui Perairan Indonesia sehingga ke Sabah.
Demi memastikan dan menjamin keselamatan Raja Bahrin dan anak-anaknya,
kerajaan Malaysia telah menghantar kapal TLDM untuk mencari dan
mengiringi mereka pulang.
Setelah semuanya selamat berada di Malaysia, PDRM telah menghantar pasukan untuk mengawal kediaman Raja Bahrin Pasukan Keselamatan juga diarah untuk mengawal keselamatan kedua-dua anaknya sehingga ke sekolah. Pernah diceritakan ketika anak-anak Raja Bahrin menyertai acara larian , "bodygaurd" mereka turut berlari demi menjaga keselamatan mereka.
Namun kini setelah hampir 3 dekad dengan limpahan projek yang diberikan
oleh kerajaan BN kepada Raja Bahrin. Hari ini dia telah berdiri
membelakangi orang yang pernah berjasa kepadanya selama ini. Sungguh
tidak bersyukur makhluk Allah ini.
Mengapa agaknya dia bertindak sedemikian?
Adakah kerana takut dipersalahkan atas kejadian bumbung stadium yang runtuh? Atau
Adakah sebagai satu cara untuk membersihkan diri atas segala
kesalahannya kepada rakyat Terengganu dengan menyalahkan kerajaan yang
memerintah? (taktik lapuk PAS).
Pendek kata amat mudah untuk menuding jari kepada orang lain tetapi
ingatlah satu jari ke arah orang lain, 3 jari lagi ke arah diri sendiri.
PS: Juga sebagai peringatan kepada diri DC sendiri. Dengar-dengar
cerita Raja Bahrin ada skandal baru dengan artis bergelar janda yang
menjadi penceramah Pas sekarang. Ada juga dengar cerita Raja bahrin
adalah nama yang disebut-sebut untuk menjadi MB Terengganu jika Pas
merampas Terengganu dari BN.
Sumber : NALURI RAKYAT



Post a Comment