Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

SHILA AMZAH HILANG DAN DITEMUI SEMULA DI KEMAMAN???

Saturday, 9 February 20130 comments


Salam buat semua...












Polis Sahkan Shila Amzah Selamat, Ditemui Di Kemaman Malam Semalam






KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Shila Amzah, 23, yang dilaporkan
hilang sejak tujuh hari lalu ditemui di Kemaman, Terengganu, malam
semalam.





Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu yang juga pemenang Asian
Wave 2012 itu ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya.






Difahamkan, penyanyi itu mula menghubungi bapanya bagi mengetahui lokasi
persembunyian selepas berita kehilangan penyanyi itu disiarkan BH, hari
ini.





Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan penemuan penyanyi itu.




“Saya dimaklumkan oleh bapa penyanyi itu sendiri, ND Lala, 53, berhubung penemuan anaknya itu di satu lokasi di Terengganu.




“Dia (Shila) dilaporkan dalam keadaan selamat. Maklumat lanjut
berkaitan penyanyi itu boleh menghubungi ND Lala sendiri,” katanya
ketika dihubungi.





BH hari ini melaporkan, bapa penyanyi yang juga ahli perniagaan itu
membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi
kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya.





Laporan itu dibuat selepas gerakan mencari penyanyi itu menemui jalan
buntu. Kehilangan penyanyi itu dipercayai selepas hubungan cintanya
dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dikatakan mendapat tentangan bapanya. –
BHarian Online



Sumber: mynewshub


Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger