Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

KULIAH MAGHRIB : APABILA SUAMI ISTERI SALING MENYINTAI :ANAK SOLEH BAKAL DIKURNIAKAN.

Wednesday, 13 February 20130 comments


 Salam buat semua...










Kali ini Angin ternampak satu tulisan di dalam FB Angin... Apabila membacanya Angin rasa tersentuh dan ingin kongsikannya bersama rakan-rakan. Apalagi di bawah posting tersebut ada kebenaran diberi supaya kita share... Jom kita baca bersama semoga mendapat sedikit ilmu dari penulis ini... Terima kasih kepada mereka yang membenarkan perkongsian ini..










Seronok saya baca cerita dari Prof Dr Muhaya mengenai temubual beliau
dengan ibu kepada Ustaz kesayangan ramai, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid:

"Saya berkesempa
tan
utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor
pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan
dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam
mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz)
dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi
menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2
tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri
dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun.


Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau
menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil
baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk
beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan
semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam
dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam
rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak
mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.


Betul lah apa yang selalu dikata...asuhan yang baik sewaktu anak-anak
masih kecil, masih bayi dan juga ketika di dalam kandungan lagi boleh
melahirkan seorang anak yang soleh, mendengar kata dan yang penting taat
kepada agama.

Dearest suami semua...take part juga dalam
penyusuan baby anda...sokongan anda kepada isteri terchenta tersangat
berharga buat para isteri untuk memastikan penyusuan secara eksklusif
dapat diteruskan sehingga anak-anak berusia 2 tahun atau lebih...demi
manfaat semua...


Jemput Like, Share dan Tag buat pedoman dan panduan kita bersama...InsyaALLAH..


Salam Sayang: Admin My Little Yaya

Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger