Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

KENAPA BODOH SANGAT??? BUKAN ROBOH TERUS TAPI ROBOH DAN BINA BARU LEBIH BAIK

Tuesday, 19 February 20130 comments

Salam buat semua...






Pasar Payang yang kotor yang air bertakung







MEKAH DAN MADINAH PUN ADA BANGUNAN LAMA DAN BERSEJARAH DALAM ISLAM
TERPAKSA DIROBOH DAN DIBINA SEMULA....ITU PERKARA BIASALAH...




Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini (19 Februari) menjelaskan,
sememangnya bangunan Pasar Payang terutama di bahagian anjung yang
berada di dalam sungai (sebelah penjual ikan dan sumber laut serta ayam
dan daging), perlu dirombak dan bina semula.



Terdapat struktur
binaan yang telah reput dan rosak dan boleh menyebabkan keruntuhan
berlaku bila-bila masa terutamanya di bahagian bawah (dalam air).




Struktur yang reput


Ia
bukanlah kajian dan nasihat di peringkat JKR Negeri Terengganu tetapi
oleh JKR Pusat dan telah pun membuat laporan secara bertulis kepada
Kerajaan Negeri Terengganu sejak dua tahun lalu.



Demikian diberitahu sendiri oleh Timbalan Pengarah JKR Negeri (Pembangunan) Ir. Haji Abdul Manan Embong.



Beliau berkata demikian bagi mengulas kekeliruan sesetengah pihak tentang status Pasar Payang yang sebenar.




Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebelum ini telah
memaklumkan bahawa Pasar Payang yang ada perlu dirombak dan dibina
semua untuk tujuan keselamatan dan keselesaan peniaga dan orang ramai
yang membeli-belah.



Pasar Payang yang merupakan pusat jualan
pelbagai barangan tradisional terkenal di Terengganu bakal berubah wajah
apabila ia digantikan dengan pasar baru empat tingkat yang berhawa
dingin.
Dengan bentuk baru yang lebih selesa, ia akan boleh menarik lebih ramai pelancong lagi mengunjungi pasar itu.

Dan adalah tidak benar, kerajaan tidak akan membenar penjualan di situ, tetapi diberi tempat yang lebih selesa.


Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang
menyediakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut dibina
berhampiran Pasar Payang, tahun ini. 



Dato’ Seri Haji Ahmad, berkata
bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dimulakan,
semua peniaga di Pasar Payang akan dipindahkan ke tapak sementara di
Pulau Warisan.

Bermakna tempat perpindahan perniagaan sementara juga disediakan, sehingga menunggu pembinaan baru Pasar Payang siap.




Namun terdapat pihak-pihak tertentu, khususnya pembangkang yang cuba
meracuni pemikiran orang ramai dengan mengatakan kerajaan mahu
merobohkan pusat perniagaan itu.



Dengan penjelasan yang dibuat oleh
JKR sendiri, jelaslah bahawa ia bukan soal politik, tetapi membabitkan
soal keselamatan dan keselesaan untuk orang ramai.



Tinjauan
mendapati keadaan pasar itu kotor dan air kotor melimpah menyebabkan
orang ramai tidak selesa, terutama di bahagian pasar basah.



Pandangan yang menjijikan ini member imej yang amat tidak baik kepada negeri, terutamanya di mata pelancong. 




Untuk pembangunan dan kebaikan, tidak dapat tidak kita perlu membuat
perubahan dan tidak timbul soal hendak menghapuskan warisan, apatah lagi
ia bakal dibina semula dengan bangunan yang lebih baik, selepas
dirombak.



Di Arab Saudi pun, termasuk di Mekah dan Madinah
pembangunan dilakukan untuk keselesaan, sekalipun melibatkan bangunan
dan tempat bersejarah dalam Islam.



Misalnya dilaporkan rancangan
pihak berkuasa Arab Saudi meruntuhkan salah satu daripada tiga buah
masjid tertua di dunia yang menjadi mercu tanda kesayangan seluruh umat
Islam, iaitu Masjid Nabawi di Madinah. Projek pembangunan itu akan
bermula sebaik saja musim haji tahun lalu.



Menurut laporan tersebut,
kebanyakan kerja-kerja pembinaan bagi Masjid Nabawi akan dijalankan di
kawasan barat masjid tersebut dan apabila siap nanti, dijangkakan ia
akan mampu menempatkan manusia paling ramai di dunia iaitu seramai 1.6
juta orang jemaah.




Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger